Rabbani Anjur Majlis Makan Malam Untuk Dana Sekolah Tahfiz

Diterbitkan: Rabu, 7 Januari 2015 12:30 AM

Rabbani pada sidang media Majlis Makan Malam Amal Tahfiz Darul Ulama yang diadakan di Restoran Rebung. Foto S.S.KANESAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan nasyid terkenal Rabbani tersentuh apabila melihat kedaifan sebuah madrasah tahfiz iaitu Tahfiz Darul Ulama sehingga terpanggil untuk membantu dengan mengadakan majlis makan malam amal bagi mengutip dana sekolah berkenaan.

Ketua kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz berkata, peluangnya melawat madrasah berkenaan  yang terletak di Kampung Melayu, Kundang, Rawang dekat sini pada pertengahan bulan lalu mendapati hampir 200 pelajar belajar dalam keadaan serba kekurangan biarpun mempunyai keperluan asas yang cukup.

"Kami telah pergi ke madrasah berkenaan dan mendapati keadaannya sangat daif selain kemudahan yang disediakan di tahap asas sahaja.

"Banyak perkara yang perlu diperbaiki dan dari situ timbul idea untuk mengadakan majlis makan malam ini bagi mengumpul dana sebanyak mungkin untuk membantu Tahfiz Darul Ulama," katanya kepada mStar Online.

Azadan ditemui selepas sidang media  Majlis Makan Malam Amal Tahfiz Darul Ulama yang diadakan di Restoran Rebung di sini pada Selasa.

Majlis makan malam itu akan diadakan di Grand Ballroom Hotel De' Palma Ampang di sini pada 14 Februari depan.

Turut hadir pada sidang media berkenaan adalah Pengerusi Tahfiz Darul Ulama, Abdul Kadir Che Mat, Ketua Hal Ehwal Korporat dan Komuniti Tahfiz Darul Ulama, Datuk Seri Erynna dan Penyelia Tahfiz Darul Ulama, Ustaz Adnan.

Tambah Azadan, pada acara yang bermula pada pukul 8 malam itu turut nanti, Rabbani bakal mengadakan persembahan selain bacaan ayat suci Al Quran daripada pelajar madrasah berkenaan.

Dalam pada itu, Azadan berkata, hasil daripada kutipan dana itu akan digunakan untuk memperbaiki struktur bangunan madrasah berkenaan selain menyediakan kelengkapan dengan keperluan asas lain agar semua pelajar dapat menghafaz Al Quran dengan baik.

"Untuk menghafal Al Quran seseorang itu memerlukan keyakinan dab jiwa yang kuat termasuk persekitaran yang selesa.

"Harapan kami dana yang berjaya dikutip pada majlis itu nanti dapatlah memperbaiki bangunan dan menyediakan keperluan asas lain supaya dapat memberi ruang lebih selesa kepada mereka," ujarnya.

Sementara itu, Abdul Kadir berkata, pihaknya memerlukan dana sebanyak RM3 juta bagi menampung pembiayaan Kompleks Tahfiz di atas tanah diwakafkan melalui Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Jelas Abdul Kadir lagi, usaha mengumpul dana itu bukan sahaja menerusi majlis makan malam srbaliknya pihaknya sedang merancang pelbagao program bagi merialisasikan hasrat tersebut.

"Kami juga akan melancarkan Tabung Pembinaan Tahfiz Darul Ulama pada majlis makan malam amal itu nanti dan berharap orang ramai sudi menghulurkan bantuan untuk menjayakan projek berkenaan," katanya.

Tambah Abdul Kadir orang ramai yang ingin menderma boleh melakukannya menerusi akaun  atas nama Tabung Pembinaan Tahfiz Darul Aman di 56422-1633-407 (Maybank).

Penajaan meja pelajar tahfiz bermula dari RM8,000 (80 orang pelajar), RM10,000 (100 orang pelajar) dan RM15,000 (50 orang pelajar).

Manakala penajaan korporat pula bermula dari jenis meja Jannatul Ma'Wa (RM10,000), Jannatul Firdaus (RM5,000) dan Jannatul Naim (RM3,000).

Orang ramai juga dialu-alukan menderma melalui pembelian tiket iaitu RM1,500, RM500 dan RM300.

Untuk keterangan lanjut berkaitan penjualan tiket boleh menghubungi 019-6450271 (Azian), 019-3955674 (Haji Mohd Noor) dan 017-6650865 (Shahrin).

 

Tags / Kata Kunci: Rabbani

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan