Ogy Ahmad Daud Terkejut Sikap Kurang Ajar Peminat MLM 2014

Diterbitkan: Rabu, 7 Januari 2015 12:31 AM

Ogy dan kumpulan Jalor pada persembahan MLM2014 Jumaat lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) menyifatkan pihak yang mengkritik persembahannya bersama kumpulan Jalor di pentas Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) pada Jumaat lalu adalah golongan yang tiada ilmu seni persembahan.

Ogy, 53, berkata, dia tidak terkilan dengan komen-komen buruk yang diberikan namun sedikit terkejut apabila ada pihak bersikap kurang ajar dalam menulis komen-komen negatif.

"Dari dulu lagi saya dikritik dan saya masih bertahan dalam industri seni tempatan sehinggalah sekarang. Bagi yang mengkritik itu, adakah mereka telah membuat sesuatu yang boleh dibanggakan terhadap diri sendiri dan keluarga?

"Bagi saya mereka yang bercakap ini tidak reti seni persembahan. Kalau mereka cukup ilmu, ajarlah saya. Tetapi apabila ditanya begitu, tiada pula yang membalas komen saya itu.

"Ada yang bersikap kurang ajar cara mereka kritik dengan menggunakan kata-kata yang tidak sopan langsung. Saya suruh mereka siapkan peguam apabila saya membalas komen mereka," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Jumaat lalu, Ogy mendapat kritikan hebat daripada golongan netizen (internet citizen) apabila persembahannya sebagai artis jemputan bersama kumpulan Jalor iaitu Rahim, Along dan Joey dianggap terlalu berlebih-lebihan.



Pelakon dan pengacara itu juga dikritik kononnya dia menjadi punca utama persembahan kumpulan itu gagal  sehingga berada di tempat tiga tercorot.

Pada persembahan tersebut, Ogy dan Jalor telah membuat lakonan semula filem yang pernah popular tahun 1980-an, Azura, lakonannya bersama Jamal Abdillah.


Sementara itu, Ogy berkata, dia masih menerima kritikan daripada orang ramai  memandangkan masyarakat negara ini masih kurang faham mengenai persembahan lawak yang mempunyai pelbagai jenis.

Namun dia sedikit terkilan dengan juri yang memberi komen iaitu Datuk Jalaluddin Hassan yang menyifatkan persembahan tersebut agak kelam kabut dan berterabur.

"Saya hanya ingin persoalkan kritikan juri (Jalaludin). Tidakkah dia tahu bahawa persembahan yang dilakukan adalah berbentuk parody?

"Takkan juri tidak tahu watak dan dialog-dialog yang dikeluarkan daripada filem Azura yang dinamakan sebagai surprise element?

"Yang berkata saya cuba overshadow itu memang orang yang tidak faham mengenai energy level  sedangkan setiap pemain pentas wajib ada perkara itu," tegasnya.

Program MLM2014 disiarkan pada setiap Jumaat, pukul 10 malam, secara langsung di Astro Warna.
Tags / Kata Kunci: Ogy , Fauziah Ahmad Daud , MLM2014

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan