Ayai (Illusi) Juara Gegar Vaganza, Rangkul RM100,000

Diterbitkan: Isnin, 5 Januari 2015 12:30 AM

Aksi Artis Dalam Final Gegar Vaganza

  • 1 of 8
  • Gegar Vaganza 1

    Rahmad Mega mendapat tempat keempat dalam Gegar Vaganza. Dia membawa pulang RM10,000.

  • Gegar Vaganza 2

    Aksi bertenaga Ifa Raziah. Ifa diumumkan memenangi tempat kelima dan meraih wang tunai RM5,000.

  • Gegar Vaganza 3

    Fazli Zainal (kiri) dan Mamat (kanan) mempersembahkan lagu rap mereka dalam Gegar Vaganza. Fazli mendapat tempat keenam dan membawa pulang wang tunai RM3,000.

  • Gegar Vaganza 4

    Aksi Haleeda mendapat sorakan paling gemuruh. Halida Mendapat tempat kedua. Dia memperoleh RM30,000.

  • Gegar Vaganza 5

    Mamat (Exist) turut memukau penonton. Mamat mendapat tempat ketiga yang melayakkannya memperoleh RM15,000 dan persembahan terbaik (undian SMS peminat). Menerusi persembahan terbaik dia mendapat RM5,000.

  • Gegar Vaganza 6

    Hairul Azreen (kanan) turut membuat gimik melamar kekasihnya Hanis Zalikha dalam konsert akhir, Gegar Vaganza.

  • Gegar Vaganza 7

    Para pemenang Gegar Vaganza. Dari kiri, Mamat (Exist), Ayai (Ilusi) dan Haleeda. Pentas akhir Gegar Vaganza telah diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 4 Januari 2015. Ia disiarkan secara langsung di Astro Ria.

  • Gegar Vaganza 8

    Ayai (Ilusi) yang bergelar juara Gegar Vaganza memperoleh RM100,000 dalam pertandingan akhir yang diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada 4 Januari 2015.

x
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ayai (Illusi) diumumkan sebagai juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini pada Ahad.

Ayai berjaya menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Ifa Raziah, Fazli Zainal, Haleeda, Rahmat (Mega) dan Mamat Exist sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah trofi.

Penyanyi itu memberikan persembahan mantap membawakan lagu Jangan Kau Rayu (Rahim Maarof) dan Semangat Lamina (Lefthanded) serta Kalau Aku Kaya berduet dengan Rahmad.

"Berada di peringkat akhir sudah membuatkan saya berasa syukur kerana mampu berada  sehingga ke tahap ini.

"Saya pun tidak sangka boleh menang kerana saingannya hebat-hebat belaka. Moga kejayaan ini membuka ruang untuk kembali lebih aktif dalam industri muzik tempatan," katanya.

Haleeda berjaya meraih tempat kedua. 
Sementara itu tempat kedua dimenangi oleh Haleeda dengan mendapat wang tunai sebanyak RM30,000 manakala Mamat (Exist) mendapat tempat ketiga, menerima wang tunai RM15,000.

Penyanyi Rahmat pula mendapat tempat keempat menerima wang tunai sebanyak RM10,000 dan tempat kelima dimenangi Ifa Raziah, membawa pulang RM5,000.

Walaupun berada di tempat akhir, Fazli Zainal tetap membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.

Dalam pada itu persembahan terbaik pilihan penonton dimenangi oleh Mamat (Exist) menerima wang tunai RM5,000.

Kesemua peserta turut menerima trofi masing-masing.


Mamat (Exist)

Hadiah disampaikan oleh pengasas Pamoga Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr. Vida, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Pengurus SaluranAstro Ria, Raqim Ahmad Ramli.

Sepanjang tujuh minggu Gegar Vaganza bersiaran, enam penyanyi lain yang turut terlibat dengan pertandingan itu ialah menyertai pertandingan tersebut iaitu Hasnol, Sam (Innuendo),  Shima, Sharifah Zarina, Nadia dan Adilla.

Juri tetap yang terlibat ialah Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim dan dua juri jemputan iaitu Mamat Khalid dan Datuk Rosyam Nor.

Para peserta akan diadili sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh pihak juri.

Gegar Vaganza bersiaran sejak 16 November 2014, setiap Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

Program tersebut dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan