400 Tan Sumbangan Projek Astro Kasih Untuk Mangsa Banjir

Diterbitkan: Ahad, 4 Januari 2015 12:30 AM

Salih Yaacob

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Stesen televisyen Astro bersama syarikat Tesco Malaysia telah mengumpulkan sumbangan lebih daripada 400 tan barangan untuk disalurkan kepada mangsa yang terjejas akibat bencana banjir.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan, usaha di bawah Projek Bantuan Banjir Astro Kasih ini telah berlangsung pada minggu lalu selama lima hari di lima buah pusat pengumpulan iaitu Tesco Extra Ara Damansara, Tesco Extra Ipoh, Tesco Extra Puchong, Tesco Extra Seremban 2 dan Tesco Extra Desa Tebrau.

"Kempen ini melibatkan personaliti televisyen dan radio Astro termasuklah orang ramai yang sama-sama berganding bahu dalam pengumpulan dan pengagihan sumbangan serta hebahan maklumat.

"Sepanjang lima hari pengumpulan, suasananya jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sememangnya sangat prihatin atas kejadian banjir yang berlaku. Setakat ini kumpulan barangan sumbangan pertama telah pun mula dihantar sejak Ahad lalu," katanya kepada mStar Online.

Ira (Era FM) dan Feeya (Sinar FM).

Antara bekalan makanan yang telah dikumpul termasuklah air minuman, beras, biskut, minyak masak, susu formula, susu tepung dan makanan dalam tin serta barangan lain seperti selimut, tuala, lampin pakai buang, tuala wanita, serbuk pencuci, berus dan ubat gigi, tilam, pakaian, kain sarong, sabun dan syampu.

Projek Bantuan Banjir Astro Kasih itu turut mendapat kerjasama daripada Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara di bawah Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.

Astro turut menyumbangkan hasil kutipan daripada undian (khidmat pesanan ringkas) SMS program Maharaja Lawak Mega 2014 minggu lalu serta hasil jualan filem televisyen Astro First berjudul Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris ke Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara.

Sementara itu, penyampai radio ERA fm, Adi Fashla yang turut terlibat dengan projek tersebut berkata, dia bersyukur kerana diberi peluang untuk membantu mangsa-mangsa banjir dan pengalaman itu sedikit sebanyak memberikan pengajaran dalam diri untuk sentiasa bersedia dengan segala musibah yang melanda.

"Saya sendiri pernah mengalami situasi banjir ini, dan saya faham apa yang sedang dilalui oleh mangsa. Saya mendoakan mereka sentiasa tabah menghadapi dugaan ini," ujarnya.

Sementara itu, penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob pula berkata, dia gembira apabila melihat ramai orang tidak kira bangsa turun padang dalam memberikan bantuan.
Tags / Kata Kunci: Astro

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan