Afdlin Shauki Tegur Pihak Harapkan Publisiti Hulurkan Bantuan

Diterbitkan: Ahad, 4 Januari 2015 12:31 AM

Afdlin Shauki

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Afdlin Shauki berharap tiada pihak yang mengambil kesempatan mencari publisiti media ketika menjalani misi memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan, 43, menerusi status akaun Facebook miliknya berkata, dia sedih apabila melihat ada segelintir pihak menghulurkan bantuan sambil mengharapkan nama organisasi yang diwakili mereka lebih dikenali.

"Sangat kasihan kepada mereka yang memberi bantuan sambil mengharapkan publisiti... kasihan. Mari kita belajar jadi orang ikhlas dan belajar menjauhi riak. Syaitan sentiasa mengintai peluang untuk kurangkan pahala kita," katanya.

Sementara itu, Afdlin turut memberi nasihat bahawa sesiapa yang terlibat dengan misi bantuan kemanusiaan itu, mereka tidak perlu mendedahkan oraganisasi yang diwakili kepada semua pihak melainkan jika berurusan dengan pihak yang berwajib.

"Sekadar peringatan dari Ustaz Halim Hafiz, ketika menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir, kami dinasihatkan supaya hanya mendedahkan organisasi yang diwakili kami jika perlu.

"Jadi kami hanya perkenalkan diri ketika berurusan dengan pihak berwajib. Dengan mangsa banjir pun tidak perlu. Hanya senyum dan gembirakan mereka. Itu saja.

"Kan Nabi (Muhammad S.A.W) kata, antara tujuh golongan yang mendapat lindungan Allah di padang mahsyar ialah mereka yang memberi daripada tangan kanan, tetapi tangan kiri tidak tahu," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Afdlin Shauki

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan