Rating 'Suamiku Encik Sotong' Meningkat Biarpun Dikritik

Diterbitkan: Sabtu, 3 Januari 2015 12:31 AM

Drama Suamiku Encik Sotong berjaya tarik ramai penonton selepas dikritik.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rating drama Suamiku Encik Sotong terbitan Global Station Sdn Bhd tetap meningkat biarpun mendapat reaksi negatif daripada penonton yang menyifatkan drama itu bertentangan dengan budaya masyarakat Melayu dan ajaran Islam.

Penerbit eksekutifnya, Zetty Alia, berkata, drama bersiri tersebut mendapat lebih satu juta tontonan dan bertambah setiap kali ia bersiaran.

"Sejak episod pertama disiarkan ia mendapat rating 1.3 juta dan angka itu bertambah setiap minggu ia bersiaran. Ini bermakna, biarpun ia dikritik tetapi masih menjadi perhatian dan pilihan penonton.

"Kritikan terhadap drama itu turut menyumbang kepada lebih ramai penonton baharu yang ingin menyaksikan apa cerita sebenar," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, pada Jumaat.

Zetty berkata demikian ketika diminta mengulas tentang reaksi negatif penonton drama Suamiku Encik Sotong lakonan Sharnaaz Ahmad dan Amyra Rusli yang ditayang setiap Isnin, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan Maya HD.
Salah satu babak drama Suamiku Encik Sotong.

Jelas Zetty, drama tersebut mengikut jalan cerita sepenuhnya daripada novel karya Syikin Zainal.

Katanya, semua perbuatan negatif yang ditonjolkan pada episod pertama hingga ke10 akan diselitkan dengan pengajaran di episod seterusnya.

"Sekarang kita baru tengok episod 10 bersiaran, ada 10 episod lagi yang akan ditayangkan yang mana episod seterusnya akan menampilkan nilai pengajaran.

"Kami tidak membuat drama ini untuk menggalakkan budaya tidak sihat dalam masyarakat, setiap adegan yang tidak baik akan diberi pengajaran pada akhirnya nanti.

"Tak kan kita buat drama yang tiada pengajaran kepada masyarakat. Bagi saya penonton perlu tonton hingga akhir baru menilai drama ini," ujarnya.

Sementara itu, mengulas tentang lakonan Sharnaaz, Zetty menganggap pelakon itu sudah memberi lakonan seperti yang diharapkan.

Katanya, watak Sharnaaz sebagai lelaki lembut juga akan diberikan nilai pengajaran pada akhir penceritaan itu.

"Lakonan Sharnaaz tidak berlebihan, malah mengikut seperti yang terdapat dalam novel tersebut.

"Pada episod seterusnya watak ini akan berkembang lagi dan akan memberi pengajaran kepada penonton," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Suamiku Encik Sotong

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan