Pekin Ibrahim Tiada Pengganti Selepas Putus Tunang

Diterbitkan: Khamis, 1 Januari 2015 12:32 AM

Pekin Ibrahim pada majlis perasmian kedai Bike Concept milik aktor tersebut bersama rakan kongsinya, Mohd Solih Toha di Kota Damansara, Rabu. Foto SHAARI CHEMAT / THE STAR

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Pekin Ibrahim memberitahu dia masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta sejak putus tunang dengan aktres Uqasha Senrose pada Mei 2014.

Pekin, 34, berkata, sehingga kini dia masih belum bertemu dengan mana-mana wanita yang memahaminya dan perkara itu membuatkan dia enggan memikirkan soal cinta buat sementara waktu.

"Saya percaya jodoh tidak akan kemana-mana dan saya pun belum bersedia untuk bercinta lagi.

"Bukannya serik, tetapi belum jumpa yang sesuai. Lebih baik saya fokus pada kerjaya seni dan perniagaan yang diusahakan," katanya kepada mStar Online.

Pekin ditemui pada majlis perasmian kedai Bike Concept miliknya yang diusahakan bersama Mohd Solih Toha di Kota Damansara di sini pada malam Rabu.

Tambah pelakon filem Ophilia ini, dia juga belum memiliki kekasih kerana enggan hilang fokus terhadap perniagaan motor yang baru diceburinya itu.

Mengenai perniagaan Bike Concept, ia merupakan sebuah tempat membuat penambahbaikan pada motosikal berkuasa tinggi.

"Minat saya dalam dunia motor sejak kecil lagi dan sekarang ini pun saya bergiat aktif dengan kumpulan yang dipanggil Projek X dalam menjalani pelbagai aktiviti pengembaraan bersama motosikal berkuasa tinggi masing-masing.

"Sampai ke satu tahap, saya bersama rakan kongsi terus merancang ingin membuka kedai motor yang berbeza dengan kedai lain di mana kami menambahbaikkan sesebuah motor berkenaan. Alhamdulillah, akhirnya Bike Concept ditubuhkan.

"Ini masih lagi fasa pertama, banyak lagi perancangan yang akan dilakukan menerusi Bike Concept pada masa akan datang," ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan