Othman Hafsham Tegur Pelawak Muda Kurang Ilmu Pengetahuan

Diterbitkan: Khamis, 1 Januari 2015 12:30 AM

Othman Hafsham

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah filem veteran, Othman Hafsham menyifatkan pelawak-pelawak muda kebanyakannya kurang pintar dalam membuat lawak atau melakonkan watak berbentuk komedi.

Othman atau nama sebenarnya Othman Samsuddin, 74, berkata, keadaan itu berlaku kerana pelawak-pelawak muda tersebut tidak banyak ilmu pengetahuan am selain sering membawakan lawak-lawak klise dan slapstik.

"Memandangkan genre komedi menjadi trend masyarakat kini, para pelawak perlu mengambil peluang untuk mengasah lagi bakat dan minda mereka.

"Sudah tiba masanya pelawak-pelawak industri tempatan menjadi pintar. Sampai bila kita nak buat lawak slapstik sahaja?" katanya kepada mStar Online.

Tambah Othman, dia turut meminta pelawak-pelawak muda untuk menjadikan golongan pelawak lama sebagai rujukan di mana kebanyakan lawak yang dibawa pada zaman mereka lebih ke arah isu-isu semasa.

Kata Othman, lawak-lawak daripada rancangan 2+1, Pi Mai - Pi Mai Tang Tu, Senario dan Jangan Ketawa adalah contoh penyampaian komedi terbaik yang banyak membawakan isu-isu semasa.

"Cuba kita lihat program-program lawak sebelum ini, mereka lebih ke arah isu semasa dan komedi yang dibawakan sangat membina selain memberi mesej-mesej pengajaran.

"Lawak zaman ini pula terlalu klise dan slapstik. Tetapi bukan semua pelawak muda yang tidak pintar, cuma kebanyakan mereka sahaja. Jangan ada salah faham pula," tuturnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Othman berkata, dia bakal menghasilkan sebuah filem komedi dalam masa terdekat ini di mana anaknya, Shaimaine yang akan menulis skrip bagi karya tersebut.

Tags / Kata Kunci: Othman Hafsham

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan