Farhan Azizan Tidak Terkilan Pembatalan Acara Hiburan Akibat Bencana Banjir

Diterbitkan: Selasa, 30 Disember 2014 12:30 AM

Farhan dan suaminya, Ahmad Rashadan Suhaimi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi dan bekas peserta program Akademi Fantasia musim keempat iaitu Farhan Azizan tidak terkilan apabila beberapa majlis sambutan Tahun Baru 2015 yang melibatkannya terpaksa dibatalkan bagi menghormati kejadian banjir yang melanda di beberapa buah negeri di Pantai Timur.

Farhan, 30, berkata, meskipun pendapatannya terjejas namun keputusan tersebut adalah tepat kerana pada situasi sekarang dia merasakan tidak sesuai untuk mengadakan persembahan secara terbuka.

"Pada situasi sekarang soal wang bukan lagi menjadi keutamaan kerana ada perkara yang lebih penting perlu kita beri perhatian dan tindakan membatalkan beberapa acara besar untuk menyambut kedatangan tahun baru adalah tepat.

"Saya cuma anggap tiada rezeki dan jangan bersangka buruk terhadap sesuatu kejadian itu kerana ada hikmah disebaliknya," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Farhan berkata, sebagai seorang selebriti dia tidak ketinggalan untuk turut sama menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir dan mengajak peminat-peminat untuk melakukan perkara sama.

Kata Farhan, biarpun bantuan dihulurkan tidak seberapa namun ia mampu meringkan beban mangsa banjir selain dapat memupuk sikap membantu di kalangan masyarakat.

"Saya terharu melihat semangat rakyat Malaysia yang cukup bersemangat dalam membantu mangsa banjir di tempat kejadian dan ia jelas menunjukkan keperihatinan kita kepada orang kurang bernasib baik," katanya.

Dalam perkembangan lain, Farhan berkata, dia sedang dalam proses merakamkan single terbaharunya yang dijangka akan dilancarkan pada Mac depan.

Selain itu, Farhan berkata, bersempena dengan kemunculan lagu terbaharunya itu dia turut merancang untuk mengadakan showcase istimewa khas buat peminatnya.

"Insya-Allah jika tiada sebarang masalah bulan Mac saya akan muncul dengan lagu terbaharu dan saya tidak mahu terburu-buru melancarkan lagu tersebut kerana sedang merancang untuk mengadakan sebuah showcase.

"Hasrat itu telah lama dipendam dan harap-harap perancangan itu menjadi," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Farhan Azizan.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan