IMBASAN 2014: Penyatuan Cinta Di Gerbang Perkahwinan

Diterbitkan: Isnin, 29 Disember 2014 12:30 AM

Perkahwinan Wan Raja dan Yaya Maembong.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tahun 2014 yang akan melabuhkan tirainya dalam masa beberapa hari lagi pastinya memberi kenangan yang terindah buat artis dan selebriti tempatan apabila mereka melangkah ke alam perkahwinan.

Tentunya kehadiran 2015 akan memberi sinar baru buat mereka agar apa yang diazamkan dalam hidup akan terlaksana.

Berikut ini sorotan saat-saat bahagia selebriti melangkah ke gerbang perkahwinan pada 2014:



1. Sharifah Aleya & Miko (11 Januari 2014)

PENYAMPAI radio Sharifah Aleya berkahwin buat kali kedua dengan Muhammad Azam Abdullah atau Miko, 29 pada 11 Januari lalu.

Aleya, 31, menerima mas kahwin sebanyak RM300 beserta hantaran sejumlah RM3,000.

Sebelum ini Aleya pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Ashraf Aasimuddin pada Disember 2007.

Namun Leya dan Ashraf bercerai talak satu pada Februari 2012. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan sepasang kembar perempuan, Aza Ameena dan Asha Ameena yang kini berusia 4 tahun.



2. Syamsul Yusof & Puteri Sarah (8 Mac 2014)

BIARPUN kurang sihat akibat penyakit demam denggi, pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof, 30, akhirnya selamat bergelar suami kepada aktres Puteri Sarah Liyana, 29, dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al Mukarramah, Sri Damansara pada 8 Mac lalu.

Syamsul memberikan mas kahwin sebanyak RM1,111, manakala wang hantaran sebanyak RM10,000 kepada Puteri Sarah.



3. Hairi safwan & Fara Afiza Azman (22 Mac 2014)

JUARA program Anak Wayang musim pertama iaitu Mohd Hairi Safwan Aznan sah bergelar suami kepada bakal guru, Fara Afiza Azman dengan sekali lafaz.

Pada majlis itu Hairi menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang tangan bernilai RM3,000 manakala wang hantaran sebanyak RM15,000.

Pihak lelaki turut memberikan sembilan dulang hantaran antaranya kasut, minyak wangi, beg tangan, kamera, sirih junjung, kek dan coklat.

Ia dibalas sebelas dulang oleh pengantin perempuan antaranya kasut, jam tangan, sejadah, buah-buahan, jaket, beg, sirih junjung, minyak wangi dan coklat.



4. Radhi OAG & Nur Shahira Ayu Zahiri (4 April 2014)

PENYANYI Radhi (OAG) memilih model sambilan Nur Shahira Ayu Zahiri, 20, sebagai isteri selepas menduda selama 9 tahun. Ini merupakan perkahwinan pertama buat Ayu dan yang kedua buat Radhi.

Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 manakala wang hantaran sebanyak RM30,000 kepada pengantin perempuan.

Radhi turut mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rifdhi Muslim, 8, hasil perkahwinannya yang terdahulu dengan Shazlin Sharif, 35, pada tahun 2005.


5. Fizz Fairuz & Almy Nadia (26 April 2014)

BIARPUN percintaan mereka pernah putus dan menjalinkan hubungan semula namun akhirnya pasangan Fizz Fairuz dan Almy Nadia disatukan pada 26 April lalu.

Akad nikah diadakan di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang. Pada majlis itu Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 35, menyerahkan mas kahwin RM1,001 manakala wang hantaran sebanyak RM20,000 kepada pengantin perempuan.

Almy kini sedang mengandung selain turut memiliki seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya yang berusia lima tahun.



6. Misha Omar & Firos Ezzuwan Rossly Nikah (2 Mei 2014)


PENYANYI lagu Bunga-Bunga Cinta, Misha Omar memilih juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32, sebagai pasangan hidup.

Pasangan itu dinikahkan dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Renaissanse, Kota Baru, Kelantan pada 2 Mei lalu.

Terdahulu Misha sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari lalu namun ia terpaksa ditangguhkan bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada 30 November 2013.



7. Ruminah Sedik (Mak Mah) & Al Fatah Rahim(17 Mei 2014)

PERKENALAN pelakon veteran Ruminah Sidek dengan peneroka Felda Jelai Negeri Sembilan, Al Fatah Rahim Ismail, 70, ketika mengerjakan ibadah umrah tahun lalu telah membawa pasangan berkenaan ke jinjang pelamin.

Ruminah atau lebih dikenali sebagai Mak Mah, 68, menerima mas kahwin sebanyak RM300, tanpa wang hantaran pada majlis yang diadakan di Klang, Selangor pada 17 Mei lalu.

Perkahwinan ini merupakan perkahwinan keempat buat Ruminah termasuklah dengan Allahyarham AR Tompel. Hasil perkahwinan lalu, Ruminah dikurniakan enam orang anak termasuklah pelakon Adlin Aman Ramlie.



8. Jimmy Shanley &  Mariam Jamilah (7 Jun 2014)

PENGACARA dan penyampai radio Jimmy Shanley menganggap perkahwinannya dengan Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27, menamatkan spekulasi yang menuduhnya selama ini  bercinta dengan seorang wanita berstatus janda.

Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 34, berkata, khabar angin tersebut sedikit sebanyak menganggu hubungan mereka yang ketika itu masih dalam proses ingin mengenali antara satu sama lain.

Sebelum ini, Jimmy pernah bernikah dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 dan berpisah pada 10 Oktober 2012.

Hasil perkahwinan singkat itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Zahrah Rania Shanley yang kini berusia 3 tahun.



9. Jaclyn Victor & Az Yet Shawn Rivera (19 Julai 2014)

DESAS-desus mengenai kejutan yang pernah dicanangkan oleh Jaclyn Victor sebelum ini terjawab apabila dia mengumumkan telah berkahwin dengan Shawn Rivera iaitu anggota kumpulan R&B dari Amerika Syarikat, Az Yet.

Jaclyn, 37, memberitahu, pemuda berusia 40 tahun itu berasal dari Puerto Rico dan menetap di Amerika Syarikat.

Perkahwinan mereka berlangsung di sebuah gereja di Philadelphia pada 17 Julai lalu yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.



10. Atilia & Adam Sofian Mazlan(31 Ogos 2014)

ATILIA Haron sah bergelar isteri kepada jurutera bunyi yang dikenali sebagai Adam Sofian dalam sebuah majlis tertutup. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Atilia.

Terdahulu, penyanyi jaz itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Ariff Johan Abdul Aziz pada 18 Disember 1998 dan mereka bercerai pada Januari 2009.



11. Eina Azman & Datuk Paduka Kaiser Gurmit Harden (31 Ogos 2014)

PELAKON remaja Eina Azman memilih untuk berkahwin pada usia muda iaitu 19 tahun apabila memilih Datuk Paduka, Kaiser Gurmeet Harden, 35, dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Pihak lelaki membawa wang hantaran sebanyak RM77,000 berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan.

Sebelum ini Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman mencetuskan kontroversi ketika bercinta dengan Afiq Muiz apabila aktor itu dikatakan menderhaka kepada ibunya selepas mengenali Eina.


 

12. Alyph (Sleeq) & Azzah Fariha Samad (13 September 2014)

Anggota kumpulan Sleeq, Alyph memlih guru dan aktres sambilan Azzah Fariha Samad, 26 sebagai isteri.

Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis yang diadakan di Marina Bay Sand, Singapura.



13. Alif Satar & Sha Dila Halid (15 September 2014)

Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Alif Satar akhirnya bergelar suami kepada Sha Dila Halid, 30, dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 15 September lalu.

Alif, 24, memberikan mas kahwin sebanyak RM80 manakala wang hantaran sebanyak RM19,000.


14. Farhan AF & Ahmad Rashadan(10 Oktober 2014)

SELEPAS lapan tahun menyulam cinta pasangan penyanyi Farhan (AF) dan Ahmad Rashadan akhirnya disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober lalu.

Farhan, 30, mengakui dugaan sepanjang lapan tahun bercinta membuatkan hubungan mereka semakin kuat sehingga ke jinjang pelamin.

Ahmad Rashadan turut menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM300 namun merahsiakan jumlah wang hantaran.



15. Erin Malek & Darriz Fauzy (10 Oktober 2014)

BERMULA perkenalan menerusi laman sosial Instagram, pelakon Erin Malek, 20, sah bergelar isteri kepada Farriz Fauzy, 30, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman keluarga aktres itu di Duta Suria, Ampang pada 10 Oktober lalu.

Pada majlis itu, Farriz, 30, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM10,000 manakala wang hantaran RM30,000.



16. Syarif Sleeq & Sharifah Malak Aimana Mahdaly (22 Nov 2014)

MENGIKUT jejak langkah rakan seperjuangan dalam Sleeq iaitu Alyph, Syarif pula selamat disatukan dengan gadis pilihannya, Sharifah Malak Aimana Mahdaly pada 22 November lalu.

Syarif dan Malaque yang juga merupakan bekas peserta Singapore Idol musim ketiga itu telah mengikat tali pertunangan pada awal tahun 2012.



17. Chef Riz & Shikin Maembong (5 Disember 2014)

CHEF Riz memilih kakak kepada Emma Maembong iaitu Shikin Maembong sebagai isteri dalam satu majlis tertutup diadakan pada 5 Disember lalu.

Bapa Chef Riz iaitu Datuk Radzuwan Ismail atau Chef Wan berkongsi beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan pasangan ini di Instagram miliknya.

Malah Chef Wan memberitahu urusan majlis perkahwinan tersebut diuruskan sendiri oleh pasangan berkenaan tanpa melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak.



18. Wan Raja & Yaya Maembong (12 Disember 2014)

KONTROVERSI melanda perkahwinan pasangan pelakon Wan Raja dan Yaya Maembong hanya selepas pasangan itu disatukan sebagai suami isteri pada 12 Disember lalu.

Bapa Yaya, Ismail Maembong menerusi laman Facebooknya mengecam pernikahan pasangan itu kerana mengenepikan peranannya sebagai bapa.



19. Datuk A Rahman Hassan & Fadillah Mansor (25 Disember 2014)

PENYANYI era 60-an, Datuk A Rahman Hassan sah bergelar suami kepada dramatis Fadillah Mansor dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 25 Disember lalu.

Pasangan berkenaan berkenalan selepas setahun berkenalan dan memberitahu tidak menyangka bertemu jodoh.

Untuk rekod, Fadilah merupakan seorang ibu tunggal selepas bercerai dengan bekas suaminya, pengarah filem veteran, Ahmad Ibrahim atau Mat London.

Manakala A Rahman pula kematian isteri, Datin Azizah Mohamad pada 26 April tahun lalu akibat penyakit kanser.

20. Yazer & Ekin (26 Disember 2014)


SELEPAS sembilan tahun menyulam cinta akhirnya pasangan Yazer dan Ekin akhirnya disatukan sebagai suami isteri pada 26 Disember lalu.

Majlis diadakan di kampung Ekin di Kampung Bebuloh Laut, Wilayah Persekutuan Labuan.

Kedua-dua mereka sebelum ini pernah menyertai program Akademi Fantasia pada tahun 2005.

21. Leez & Aepul (27 Disember 2014)

BEKAS bintang Akademi Fantasia musim keempat, Leez Rosli, 27, melangsungkan perkahwinannya dengan, Aepul, 26, dari kumpulan Drama Band pada 27 Disember.

Pasangan itu yang sepatutnya berkahwin pada Oktober lalu dinikahkan di Masjid Taman Melawati Kuala Lumpur.

Leez menerima RM80 sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Tags / Kata Kunci: Sorotan kahwin 2014

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan