Ifa Raziah Alami Jangkitan Paru-Paru

Diterbitkan: Isnin, 29 Disember 2014 12:31 AM

5

Paru-paru Ifa Raziah dijangkiti kuman.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Akibat batuk berterusan hampir sebulan, penyanyi Ifa Raziah disahkan mengalami jangkitan paru-parunya atau pneumonia sehingga terpaksa di tahan di Pusat Perubatan Colombia, Setapak, dekat sini.

Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 38, berkata, dia ditahan di pusat perubatan berkenaan sejak petang Sabtu lalu bagi mendapatkan pemantauan daripada pihak doktor setiap masa.

"Saya sudah hampir sebulan batuk tidak henti-henti dan lima kali ke klinik untuk mendapatkan rawatan, namun sehingga sekarang tidak baik.

"Semasa membuat rawatan, doktor memberitahu bahawa paru-paru saya mengembang kerana dijangkiti kuman dan perlu mendapatkan rawatan secukupnya," ujarnya kepada mStar Online.

Rakan artis Roslan Shah turut menziarahi Ifa Raziah di Pusat Perubatan Colombia. 

Dalam pada itu, Ifa berkata, hal tersebut juga telah menjejaskan sesi latihannya untuk persiapan ke program akhir Gegar Vaganza yang akan berlangsung pada 4 Januari depan.

Dia juga tidak dapat memastikan sama ada mampu pulih sepenuhnya untuk terlibat pada pertandingan akhir tersebut.

"Dalam keadaan saya sekarang ini memang tidak boleh menyanyi langsung dan menjejaskan persiapan saya untuk beraksi di pentas final Gegar Vaganza.

"Sekarang pun saya tidak pasti sama ada boleh teruskan perjuangan di pentas akhir atau tidak dan perkara ini saya sudah maklumkan pada pihak Astro," katanya.
Tags / Kata Kunci: Ifa Raziah

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan