Amir Raja Lawak Runsing Rumah Dilanda Banjir

Diterbitkan: Isnin, 29 Disember 2014 1:15 PM

Amir susah hati keluarga terlibat banjir

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak Amir (Raja Lawak) tidak boleh melelapkan mata kerana mengenangkan keadaan keluarganya yang berhadapan dengan musibah selepas rumah mereka di Kota Bharu, Kelantan dilanda banjir besar.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 26, berkata, keluarganya yang menetap di Guchil Bayam, masih berada di pusat pemindahan sejak Khamis lalu.

"Keadaan banjir di kampung saya sangat teruk dan saya dimaklumkan air naik sampai paras pinggang sejak Khamis lalu sehingga ahli keluarga saya terpaksa berpindah ke sekolah berhampiran.

"Saya di sini memang susah hati dengan keadaan mereka sampaikan sudah dua hari tidak dapat tidur kerana fikir apa mereka makan, bagaimana mereka tidur, semuanya menambah kerisauan saya, " katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Bagaimanapun, kata Amir, keluarganya agak bernasib baik kerana kediaman mereka berhampiran dengan bandar dan mudah mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa.

Dia juga sentiasa menghubungi ahli keluarga bagi mengetahui perkembangan dari semasa ke semasa.

"Alhamdulillah rumah kami tidak terlalu jauh dengan bandar dan mudah mendapat bantuan. Saya sedih melihat keluarga-keluarga mangsa lain yang terputus hubungan dengan luar dan sukar untuk mendapatkan bantuan.

"Ibu, ayah dan empat adik-beradik saya yang lain berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami apa-apa kecederaan dalam bencana itu. Cuma barang-barang rumah kami sahaja yang tidak dapat diselamatkan," katanya.

Amir berkata, dia tidak berpeluang untuk balik ke kampung ketika ini kerana masih terikat dengan beberapa urusan kerja.

Namun, dia akan pulang dalam masa terdekat bagi membantu keluarga memulihkan keadaan rumah.

"Kalau ikut hati memang saya nak balik tolong keluarga, namun ibu saya tidak benarkan dan menganggap hanya akan membebankan petugas dan mangsa yang ada.

"Lagipun ada beberapa urusan yang perlu saya selesaikan di sini. Insya-Allah, saya akan balik selepas keadaan pulih bagi membantu keluarga memperbaiki rumah," katanya.

Selain Amir, penyanyi 1980-an yang juga bekas Juara Bintang RTM iaitu Rosemaria Abdul Hamid juga turut bersedih apabila rumahnya di Kota Bharu turut ditenggalami air.

Tags / Kata Kunci: Amir Raja Lawak , Banjir

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan