Karnival Jom Heboh Ditunda

Diterbitkan: Ahad, 28 Disember 2014 12:20 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Berikutan dengan bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia terutamanya Pantai Timur, pihak stesen televisyen TV3 mengambil keputusan untuk menunda tarikh Karnival Jom Heboh yang dijadualkan berlangsung di ICT Shah Alam pada 27 dan 28 Disember (hari ini).

Tarikh baharu akan diumumkan dalam masa terdekat nanti.

Menurut kenyataan media yang die-melkan kepada mStar Online, karnival itu telah ditukar kepada penganjuran mengadakan solat hajat dan bacaan doa di Rumah Baitul Barokah Wal Mahabbah, Sepang (pada tarikh sama).

Dalam pada itu, pihak TV3 turut mengalu-alukan orang ramai untuk memberikan sumbangan berbentuk barangan dan wang bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

"Pihak kami memerlukan sumbangan dalam bentuk kewangan dan barangan makanan untuk diagih-agihkan kepada mangsa terlibat dengan segera.

"Ia bertujuan bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang menderita akibat bencana menimpa," kata kenyataan tersebut.

Bagi pihak yang ingin memberi sumbangan, ia boleh disalurkan terus ke akaun Maybank atau cek atas nama Tabung Bencana NSTP-Media Prima (MBB 5141-0532-0757).

Sumbangan barangan pula boleh dihantar ke Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Tingkat 1,  Anjung Riong, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur atau pejabat cawangan NSTP/Media Prima di seluruh negara.

Tags / Kata Kunci: Jom Heboh

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan