Amy Mastura Selesa Digelar Pelakon Komedi

Diterbitkan: Jumaat, 26 Disember 2014 12:32 AM

Amy tidak kisah dilabel sebagai pelawak.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Amy Mastura tidak kisah dilabel sebagai pelakon komedi selepas dia dilihat lebih menyerlah menerusi drama komedi sejak akhir-akhir ini.

Amy, 43, berkata, label yang diberikan membuktikan peranannya membawakan sesuatu watak komedi itu menjadi selain diterima baik oleh penonton.

"Saya selesa memegang watak komedi dan sebab itu jika ada tawaran dan kena dengan jadual saya akan terima.

"Tentang label itu saya tidak kisah kerana paling penting penerimaan penonton terhadap lakonan saya dan itu sudah memadai," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Amy berkata, hakikatnya menjayakan sesuatu watak komedi bukan mudah seperti disangka kerana ia memerlukan fokus yang tinggi.

Atas sebab itu juga kata Amy, dia tidak pernah terfikir untuk menyertai mana-mana pertandingan lawak kerana bimbang jenaka yang ditampilkan tidak mendapat perhatian penonton.

"Saya hormat dengan pelawak yang berani tampil dalam pertandingan lawak kerana ia adalah satu tugas yang sukar dan memerlukan persediaan cukup rapi.

"Malah saya sendiri tidak pernah terfikir untuk berbuat demikian kerana sedar belum sampai tahap itu," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Amy berkata, dia kini sedang sibuk dengan persediaan pementasan teater Diari Wanita... Kak Ani & Nyonya yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya Februari depan.

Selain itu dia juga baharu selesai menjalani penggambaran drama Dee Muzikal selain bakal muncul dengan lagu terbaharunya.

Tags / Kata Kunci: Amy Mastura.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan