"AJK Tidak Puas Hati Dengan Saya Perlu Cermin Diri" - Zed Zaidi

Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 12:31 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menganggap kritikan yang dibuat oleh beberapa ahli jawatankuasa (AJK) persatuan itu ekoran tindakannya melakukan laporan polis terhadap bendaharinya, Vanidah Imran tidak mewakili suara ahli persatuan.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil, 34, sebaliknya berkata, kumpulan yang bersuara membidas kepimpinannya itu adalah golongan pro Vanidah selain ingin melihat Seniman kucar-kacir.

"Apa sahaja mereka katakan itu tidak mewakili suara ahli Seniman secara keseluruhan tetapi hanya yang berpihak kepada Vanidah. Ia bukan suara ahli.

"Sayang, mereka mempunyai semangat tetapi langsung tidak memahami aspek pentadbiran dan sejarah Seniman sehingga sanggup mengeluarkan pelbagai kenyataan yang tidak benar," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Zed mengulas mengenai laporan mstar Online pada Selasa lalu selepas beberapa ahli jawatankuasa Seniman menyelar tindakannya membuat laporan polis terhadap Vanidah di Balai Polis Taman Melawati pada 19 Disember lalu kerana melarikan buku cek milik persatuan seni itu.

Juruauditnya, pelakon Adlin Aman Ramlie turut menyifatkan kejadian itu sebagai membuka pekong persatuan kepada khalayak manakala Khir Rahman menganggap tindakan Zed sebagai menjatuhkan maruah orang lain.

Malah mereka turut mempertikaikan kepimpinan Zed menerajui Seniman yang dilihat mempunyai pelbagai kelemahan.

Dalam pada itu, Zed meminta golongan berkenaan supaya mempelajari aspek pentadbiran dan sejarah Seniman terlebih dahulu sebelum membidas kepimpinannya sebagai presiden yang dilihat gagal mengendalikan Seniman dengan baik.

Malah kata Zed, dia tidak akan terus mengalah biarpun ada yang ingin melihat dia meninggalkan Seniman dan meminta barisan AJK yang tidak berpuas hati dengannya supaya  melepaskan jawatan dengan baik.

"Saya di sini menyambung peninggalan presiden terdahulu dan apa juga kekecohan yang terjadi sebelum kepimpinan saya tidak ada kena mengena dengan saya. Saya hairan mereka seolah-olah cuba menyalahkan saya dalam apa juga masalah yang berlaku sebelum ini.

"Saya minta mereka cermin diri dan belajar dari bawah tentang sejarah dan pentadbiran Seniman dan bukan terus mengatakan saya sombong dan bongkak apabila cuba menjelaskan sesuatu situasi kepada mereka.

"Kedudukkan saya hari ini bukan datang dengan cara mudah kerana saya bermula dari bawah dan belajar selok-belok tentang Seniman," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Zed Zaidi , Seniman.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan