Syarikat Penerbitan Antara Punca Novel Linda Rafar Diciplak

Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 1:58 PM

Linda Rafar bakal keluar dengan novel terbaharu Januari depan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Linda Rafar kesal dengan syarikat penerbitan PTS Litera Utama Sdn Bhd kerana kurang memberi promosi serta mengedarkan novel tulisannya iaitu Menunggumu Di Pintu Syurga sehingga ia diciplak.

Linda atau nama sebenarnya, Azlinda Abdul Rafar, 36, berkata, perkara tersebut menyebabkan novel tentang anaknya Allahyarham Rezaimen Kiflin Kifli, 12, yang meninggal dunia pada 5 Julai lalu gagal berada di pasaran secara menyeluruh sehingga menyusahkan orang ramai untuk mendapatkannya.

"Saya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan syarikat penerbitan novel itu yang kurang promosi dan memastikan pengedaran novel itu dijual diseluruh Malaysia termasuk Singapura dan Brunei.

"Disebabkan perkara itu saya sendiri yang terpaksa menghantar novel-novel itu kepada peminat yang ingin membelinya dari Singapura dan Brunei. Saya yakin mereka ciplak sebab tiada stok di negeri itu.

"Saya juga terima banyak rungutan daripada peminat yang kesal kerana gagal untuk dapatkan novel itu di pasaran," katanya kepada mStar Online, di sini Rabu.

Dia juga mahu pihak penerbitan tersebut bertanggungjawab dengan mengambil tindakan sewajarnya agar penjualan karya secara cetak rompak itu dihentikan.

Linda berkata, dia telah dimaklumkan tentang perkara tersebut oleh beberapa pembaca yang menjumpai penjualan novel ciplak itu di beberapa kedai buku di Johor Bahru.

"Saya sedih dan terkilan apabila novel luahan perasaan saya tentang Memen (Rezaimen Kiflin) telah diciplak sewenang-wenangnya oleh orang tidak bertanggungjawab.

"Saya dimaklumkan perkara ini oleh beberapa peminat yang mendapati novel yang sama dijual dengan kualiti rendah di sebuah pasaraya ternama di Johor Bahru. Novel itu bukannya mahal, hanya RM15 sahaja senaskah," ujarnya.

Gambar kenangan Linda ketika menjaga arwah anaknya.

Rezeimen Kiflin merupakan anak kedua pelakon itu hasil perkahwinan pertama bersama bekas suaminya iaitu Keifli Othman. Allahyarham meninggal dunia pada 5 Julai lalu akibat penyakit kanser perut.

Dalam pada itu, Linda berkata, sambutan mengalakkan terhadap novel itu yang kini sudah terjual lebih 50,000 naskhah memberi semangat kepadanya menyiapkan siri kedua novel tersebut.

Katanya, novel kedua itu lebih terperinci berkenaan apa yang dilalui oleh dirinya sebagai ibu sepanjang menjaga arwah anaknya itu.

"Novel kedua sudah 60 peratus siap dan mungkin Januari depan ia akan berada dipasaran. Kali ini lebih terperinci pengalaman indah saya bersama arwah," ujarnya.

Tambah Linda, hatinya berasa tenang apabila dapat meluahkan segala perasaannya dalam sebuah novel dan dikongsikan kepada pembaca.

Katanya, ramai pembaca yang beri maklum balas positif dan mengakui menangis selepas membaca novel tersebut.

"Kini setiap malam saya masih menangis bila teringatkan Memen dan perkara itu saya curahkan dalam novel untuk kongsi kepada pembaca.

"Ramai pembaca yang beri kata-kata semangat dan turut merasai apa yang saya lalui selepas membaca novel itu," katanya.

Dalam pada itu, Linda berkata, dia juga menerima banyak tawaran daripada syarikat produksi filem dan drama untuk mengadaptasi novel tersebut.

Bagaimanapun dia terpaksa menolak kerana beranggapan ia bukan masa yang sesuai untuk melakukan perkara itu.

"Beberapa filem dan lebih 10 buah produksi drama yang merisik untuk mengadaptasi novel itu tetapi saya tolak.

"Saya memang berhajat untuk filemkan kisah ini tetapi bukan masa sekarang. Saya tidak mahu dikatakan sengaja meraih keuntungan atas kematian anak saya," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Linda Rafar

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan