Ilya Buang Enggan Jadi Beban Kepada Kumpulan Sepahtu

Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 12:32 AM

Ilya (tengah) bersama Shub (kiri) dan Jep.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak Ilya Buang menjelaskan sebab utama dia menarik diri daripada kumpulan Sepahtu dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2014 kerana tidak mahu menjadi beban kepada kumpulan itu.

Ilya menganggap dia tidak dapat memberi fokus dan menyumbangkan idea sehingga menjejaskan prestasi kumpulan tersebut.

"Saya menarik diri daripada kumpulan Sepahtu kerana memikirkan itu adalah jalan terbaik buat mereka meneruskan perjuangan di MLM 2014.

"Selama beberapa minggu ini saya tidak menyumbang idea dan keadaan kesihatan saya kadang kala menyusahkan mereka untuk sesi latihan," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa. 

Selain Ilya, kumpulan Sepahtu sebelum ini turut disertai oleh Jep dan Shuib.

Ilya berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penarikan dirinya daripada kumpulan Sepahtu dalam pertandingan Maharaja Lawak 2014 yang diumumkan secara rasmi pada 19 Disember lalu.

Dari kiri; Ilya, Jep dan Shuib.


Dalam pada itu, Ilya mengulas dakwaan kononnya mempunyai masalah dengan anggota kumpulan itu iaitu Jep.

"Saya faham Jep tertekan mencari idea setiap minggu dan saya pula kadang kala dapat sertai mereka, kadangkala tak dapat. Adakalanya dia seperti murung sahaja tetapi tidak mahu berkongsi perkara itu.


"Sebagai orang agak berusia saya nampak kerisauan dia, dia tidak meminta saya keluar daripada kumpulan itu tetapi saya faham-faham sendiri yang mana saya telah memberi tekanan pada mereka," katanya.

Dalam pada itu, dia juga menafikan tiada keserasian antara mereka bertiga sepanjang melakukan persembahan bersama.

Katanya, sebelum ini mereka sudah beberapa kali bergandingan iaitu sejak mula  memenangi pertandingan Raja Lawak 3 lagi.

Sementara itu, bercerita tentang kesihatannya, Ilya berkata, dia baharu sahaja menjalani pembedahan kecil di bahagian punggung akibat bisol di Pusat Perubatan Pantai di Ipoh Perak.

Katanya, penyakit kencing manis yang dihidapinya itu menyebabkan dia tidak boleh mengambil gula secara berlebihan sehingga mengakibatkan dirinya lemah dan tidak bertenaga.

"Kesihatan saya tidak begitu baik kerana penyakit kencing manis dan baru menjalani pembedahan bisol pada 18 Disember lalu, jadi saya tidak boleh mengambil pemakanan yang ada gula sehingga membuatkan badan saya lemah.

"Itu juga membuatkan fokus saya terganggu dan lupa apa yang sepatunya saya lakukan di atas pentas," katanya.

Ilya berkata, dia kini menetap di Ipoh, Perak dan hanya datang ke Kuala Lumpur jika ada persembahan sahaja.

Kumpulan Sepahtu dianggotai oleh Jep dan Shuib.
Tags / Kata Kunci: Ilya Buang , Sepahtu

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan