Afdlin Shauki Tegur Juri MLM 2014 Tidak Faham Tema

Diterbitkan: Selasa, 23 Disember 2014 12:31 AM

Afdlin tegur bahawa juri perlu faham tema yang ditetapkan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah filem Afdlin Shauki berpendapat, juri program Maharaja Lawak Mega 2014  tidak faham tentang tema sesebuah komedi yang diberikan setiap minggu sehingga membuat penilaian yang kurang tepat.

Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan, 43, berkata, perkara itu akan menyukarkan peserta yang bertanding untuk membuat persembahan mengikut kehendak juri atau tema yang ditetapkan setiap minggu.

"Saya menonton MLM2014 minggu lalu dan menganggap juri kali ini sangat menakutkan, ia akan mengelirukan peserta bertanding. Pada pendapat saya juri seharusnya faham tentang komedi seperti tema muzikal seharusnya lawak yang dipersembahkan mengikut tema tersebut.

"Apa yang saya lihat kumpulan yang mengikut tema tidak mendapat bintang yang baik, manakala yang tidak mengikut tema pula yang dipujinya," ujarnya kepadamStar Online, ketika dihubungi di sini, Isnin.

Program Maharaja Lawak Mega 2014 kali ini menampilkan barisan juri terdiri daripada Datuk Jalaludiin Hassan, Fazura serta barisan juri luar iaitu Farah Quinn (Indonesia) dan Taufik Batisah. (Singapura)

Afdlin pernah menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega musim pertama bersama pelakon Harun Salim Bachik dan musim kedua bersama Nabil Ahmad dalam kumpulan Boboi.

Juri MLM 2014 dari kiri; Jalaluddin Hassan, Farah Quinn, Fazura dan Taufik Batisah. Foto: Astro Gempak

Afdlin menambah, keputusan juri itu bakal mewakili 70 peratus markah peserta dan secara tidak langsung akan mempengaruhi undian penonton.

"Juri seharusnya ada ilmu tentang konsep komedi dan bukan hanya menilai daripada persembahan yang kelakar sahaja pada malam itu," katanya.

Bagaimanapun, Afdlin berkata, ia adalah pendapatnya semata-mata dan yakin juri mempunyai sudut pandangan mereka sendiri.

Antara kumpulan yang masih bertanding sehingga minggu ini ialah Virus, SYJ , Bocey, Sepahtu, Zero, Shiro dan Jalor.

MLM2014 bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, pukul 10 malam, di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Dalam perkembangan lain, Afdlin berkata, dia akan berlepas ke Jordan dalam misi membantu masyarakat Syria pada 7 Januari depan.

Dia akan berangkat bersama Yayasan Kubra bagi membantu penduduk negara itu yang kini dalam kesusahan terutama menghadapi musim sejuk.

"Saya akan berangkat pada 7 Januari depan bersama Yayasan Kubra. Kita ingin memberi bantuan kepada mereka terutama yang kini berhadapan dengan musim sejuk.

"Saya sentiasa membayangkan masyarakat kita yang melalui keadaan itu, siapa yang akan membantu? Itu yang membuatkan saya terpanggil untuk membantu mereka di sana," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Afdiln Shauki , MLM2014

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan