Vanidah Imran 'Larikan' Buku Cek, Seniman Repot Polis

Diterbitkan: Jumaat, 19 Disember 2014 4:49 PM

Zed Zaidi (tiga dari kanan) bersama jawatankuasa Persatuan Seniman menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Taman Melawati, Kuala Lumpur selepas kehiangan buku cek persatuan itu.

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

HULU KLANG: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) membuat laporan polis pada Jumaat selepas kehilangan buku cek yang diberi tanggungjawab terhadap bendahari persatuan iaitu aktres Vanidah Imran.

Presidennya, Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 34, berkata, kehilangan buku cek tersebut menyukarkan Seniman untuk menjalankan aktiviti serta membuat sumbangan kebajikan.

"Saya melaporkan kehilangan buku cek persatuan yang dibawa keluar daripada pejabat oleh bendahari iaitu Vanidah Imran sejak memegang jawatan tersebut September lalu.

"Dia membawa pulang dan langsung tidak memberi kerjasama kepada persatuan ketika diminta untuk mengeluarkan duit bagi menjalankan operasi serta membayar gaji pekerja," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.

Zed ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati di sini pada Jumaat berhubung kejadian itu.

Antara yang hadir ialah Timbalan Presiden Seniman iaitu Zack (Kool) , Setiausaha Kehormat, Zahrin Ishak dan Penolong Setiausaha Rena Tan.

Vanidah Imran
Vanidah Imran dipilih sebagai Bendahari Seniman dalam pemilihan terbaharu.

Menurut Zed, dia akan menyerahkan laporan polis tersebut kepada pihak bank bagi menggugurkan nama pelakon tersebut dan mengeluarkan buku cek baharu.

Malah, satu mesyuarat undi tidak percaya akan dilakukan tahun depan terhadap aktres tersebut.

"Sekarang kita mahu bank gugurkan nama Vanidah sebagai salah seorang yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran duit persatuan.

"Kita juga akan usulkan perkara ini dalam mesyuarat untuk membuat undi tidak percaya kepada dia," katanya.

Zed berkata, tindakan tersebut dilakukan selepas beberapa kali memberi amaran kepada pelakon itu agar memberi kerjasama.

Katanya, Vanidah bukan sahaja tidak mahu menandatangani cek tersebut, malah meminta persatuan mengeluarkan surat kepadanya terlebih dahulu.

mStar Default Image
Inilah laporan polis yang dibuat Zed Zaidi terhadap Vanidah.

"Dia tidak tahu apa tugas dia sebagai bendahari dan meminta persatuan untuk keluarkan surat untuk dia tandatangan buku cek tersebut.

"Apa yang dia lakukan telah menjejaskan perjalanan persatuan ini. Malah persatuan terpaksa berhutang sebanyak RM22,000 bagi kos operasi iaitu sewa pejabat dan gaji pekerja akibat tindakannya," ujarnya.

Tambah Zed lebih dikesalkan apabila persatuan tidak dapat mengeluarkan wang sumbangan kepada bekas presiden iaitu Allahyarham Mustapha Maarof yang meninggal dunia pada 15 Disember lalu.

"Kita buat aktiviti sebelum ini atas duit tajaan beberapa pihak cuma saya terkilan tidak dapat beri sumbangan kepada Allahyarham Datuk Mustapha yang banyak berjasa kepada persatuan.

"Kalau dia tidak mahu jawatan itu lebih baik letak sahaja jawatan beri pada yang benar-benar mahu bekerja," katanya.

Turut hadir ialah Timbalan presiden pula disandang oleh Zack (Kool) , Setiausaha Kehormat, Zahrin Ishak dan Penolong Setiausaha Rena Tan.

Dalam pada itu Vanidah, 41, yang dihubungi mStar Online berkata, ada sebab dia melarikan buku cek milik persatuan itu tetapi enggan menjelaskan puncanya.

Vanidah berkata, dia tidak perlu menerangkan kenapa dia berbuat demikian termasuklah enggan memberi komen mengenai laporan polis yang dibuat terhadapnya oleh kepimpinan persatuan itu.

"Saya tidak mahu beri kenyataan apa-apa tentang laporan polis itu buat masa ini. Biarkan sahaja mereka berbuat demikian dan saya ada alasan tersendiri," ujarnya.

Malah Vanidah juga berkata, tidak mungkin untuk dia melarikan wang persatuan dengan memegang buku cek berkenaan kerana namanya masih belum didaftarkan sebagai penama untuk akaun persatuan berkenaan.
Tags / Kata Kunci: Seniman , Vanidah Imran , Zed Zaidi

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan