Fadilah Mansor Tidak Lapor Cerai Ke Mahkamah Kerana Sangka Kekal Menjanda

Diterbitkan: Jumaat, 19 Disember 2014 12:31 AM

Fadilah dan Mat London berbual selepas status perceraian mereka disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis. Foto KAMARUL ARIFFIN.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Biarpun telah bercerai selama dua tahun dengan penerbit dan pengarah Mat London namun dramatis Fadilah Mansor mempunyai alasan tersendiri tidak melaporkan kejadian tersebut di mahkamah syariah untuk mendapatkan pengesahan.

Fadilah, 56, berkata, dia tidak segera berbuat demikian kerana tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan penyanyi 60-an, Datuk A Rahman Hassan selepas berkenalan sejak setahun lalu.

"Saya tidak segera membawa kes berkenaan ke mahkamah untuk mendapatkan pengesahan kerana tidak menyangka akan bertemu jodoh sekali lagi kerana saya yakin akan hidup menjanda sehingga akhir hayat.

"Tetapi kuasa Allah mempertemukan saya dengan Datuk A Rahman Hassan dan sebab itulah baru kini saya mahu mendapatkan pengesahan supaya tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari," katanya kepada mStar Online.

Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis mengesahkan lafaz cerai yang dibuat Mat London atau nama sebenarnya Ahmad Ibrahim terhadap Fadilah pada 28 September 2012 selepas berpuas hati dengan keterangan diberikan mereka kepada mahkamah.

Fadilah lega perceraiannya dengan Mat London akhirnya selesai.

Pasangan itu berkahwin di Narathiwat, Thailand pada 18 Oktober 1989 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Alia Farhani, 23, dan Faeesal Aswad, 20.

Terdahulu Hakim Syarie, Ab Malek Awang turut mengesahkan pernikahan pasangan itu di luar negara sah mengikut hukum syarak.

Fadilah bakal bernikah dengan A Rahman Hassan pada 25 Disember ini di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam pada itu, Fadilah menjelaskan bakal suaminya itu mengetahui tentang perkara tersebut dan sentiasa memberikan sokongan dan doa supaya segala-galanya selesai dengan baik.

Malah kata Fadilah, dia tidak pernah menyorokkan sebarang cerita tentang kisah silamnya termasuk kisah rumah tangga dan perceraiannya dengan Mat London.

Fadilah dan A Rahman akan disatukan sebagai suami isteri pada 25 Disember ini.

"Dia (A Rahman) tahu tentang segala-galanya dan sentiasa memberi semangat kepada saya dalam menyelesaikan masalah ini," katanya.

Sementara itu, Fadilah turut memberitahu persiapan perkahwinannya dengan A Rahman berjalan lancar dan berharap majlis itu nanti akan berlangsung seperti dirancang.

"Alhamdulillah semuanya hampir siap dan doakan majlis itu nanti berjalan lancar," katanya ringkas.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan