Bekas Suami Rayu Penyanyi Syura Rujuk Kembali

Diterbitkan: Jumaat, 19 Disember 2014 12:32 AM

Mohd Fadhly dan Syura sah bercerai dengan talak satu pada September lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas suami Syura iaitu Mohd Fadhly Md Yassin merayu penyanyi itu agar menerima cintanya semula dan bersedia untuk rujuk kembali kerana masih mempunyai perasaan sayang terhadapnya.

Mohd Fadhly, 33, berkata, dia berharap Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron bersetuju untuk memulakan kehidupan baharu bersama tiga anak mereka yang sedang membesar.

"Sejak dari awal saya tidak pernah terfikir untuk bercerai tetapi perkara sudah berlaku dan saya sudah pun merujuk dengannya secara lisan bulan lalu.

"Tetapi nampaknya dia tetap dengan pendiriannya untuk berpisah dan saya masih berusaha untuk memenangi kembali hati dia," katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Mohd Fadhly yang merupakan seorang guru sekolah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Khamis untuk mendapatkan pengesahan lafaz rujuk yang dibuat terhadap Syura pada 10 November lalu secara lisan.

Bagaimanapun kes berkenaan ditangguhkan selepas Syura, 28, yang juga juara program Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua, gagal menghadirkan diri pada sidang tersebut.

Hakim Syarie Ab Malek Awang menetapkan 20 Januari 2015 untuk sebutan semula kes berkenaan.

Mohd Fadhly hadir ke mahkamah untuk mendapatkan pengesahan permohonan rujuk terhadap Syura. 

Mohd Fadhly turut mendedahkan mereka sah bercerai talak satu pada September lalu.

Dalam pada itu, Mohd Fadhly berkata, sejak bercerai hidupnya dirasakan kosong tanpa kehadiran isteri disisinya selain ia mula memberi kesan kepada anak-anak mereka.

"Hidup saya kosong tanpa dia dan ia mula memberikan kesan kepada anak-anak kami yang sedang membesar.

"Saya tidak pernah bencikan dia malah menyintai dia namun keputusan sama ada untuk meneruskan perkahwinan ini terletak ditangannya," kata Mohd Fadhly.

Sementara itu, Mohd Fadhly berkata, dia reda sekiranya Syura masih dengan keputusannya dan berhasrat untuk memohon pertukaran sekolah dari Kuala Lumpur  ke Johor Baharu bagi membolehkan dia membesarkan tiga anak mereka di sana.

"Sekiranya tiada lagi jodoh diantara kami, saya akan memohon pertukaran sekolah di Johor supaya dapat membesarkan anak-anak yang kini di bawah jagaan ibu saya," katanya.


Tags / Kata Kunci: Mohd Fadhly , Syura.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan