Elemen Seram Dalam 'Oh My English: Villa Isabellaaa!' Ditapis

Diterbitkan: Khamis, 18 Disember 2014 12:31 AM

Antara barisan pelakon telefilem 'Oh My English: Villa Isabellaaa!'

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Stesen televisyen Astro akan memastikan tahap seram dalam pembikinan telefilem Oh My English: Villa Isabellaaa! tidak keterlaluan dan mengikut kesusaian penonton kanak-kanak.

Pengarah telefilem itu, Syamil Othman berkata, beberapa elemen seperti terlalu ganas juga terpaksa ditapis dengan teliti agar ia boleh ditonton oleh golongan tersebut.

"Bukan senang untuk buat cerita seram bagi tontonan kanak-kanak, kita perlu pastikan ia tidak melampau sehingga menganggu tontonan mereka.

"Ada beberapa babak yang terpaksa diubah kerana kami fikir ia terlalu ganas untuk ditonton golongan itu. Selain itu, watak hantu juga tidak ditonjolkan walaupun ia telefilem seram," ujarnya kepada mStar Online.

Syamil berkata demikian ketika ditemui selepas tayangan media telefilem Oh My English:: Villa Isabellaaa!, di GSC Signature, The Gardens, di sini, Rabu.

Emelda Rosmila

Sementara itu Syamil berkata, pemilihan pelakon-pelakon terkenal dan berbakat juga bakal menarik perhatian penonton untuk menyaksikan telefilem komedi seram ini.

Telefilem ini juga menampilkan pelakon undangan seperti Emelda Rosemila, Nadiya Nisaa, Izzue Islam, Rahim Jalur, Sherry Al-Hadad dan Sara Ali.

"Pemilihan pelakon adalah mengikut karekter yang bersesuaian dengan mereka. Boleh dikatakan kami beruntung kerana kesemua pelakon dalam telefilem ini adalah barisan nama besar," ujarnya.

Tambahnya, telefilem kali ini diselitkan elemen misteri dan suspen yang bakal menarik perhatian bukan sahaja golongan kanak-kanak, malah dewasa juga.

Oh My English: Villa Isabellaaa! mengisahkan tentang pelajar kelas 4 Merah bersama guru mereka Mr Middleton terpaksa bermalam di sebuah rumah apabila van yang mereka naiki rosak.

Pelbagai kejadian pelik berlaku ketika mereka bermalam di rumah yang diberi nama Villa Isabellaaa itu.

Telefilem komedi ini bakal bersiaran pada 27 Disember ini, pukul 9 malam di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya (saluran 135).

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan