Mahkamah Syariah KL Hari Ini Penuh Kes Cerai, Rumah Tangga Artis

Diterbitkan: Khamis, 18 Disember 2014 1:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kompleks Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Khamis dipenuhi dengan kes perceraian dan masalah rumah tangga selebriti.

Antara artis yang dilihat diperkarangan mahkamah tersebut adalah Ieda Moin  (perceraian), Fadilah Mansor dan Mat London (pengesahan nikah dan cerai), Syura (pengesahan rujuk) dan Rozana Misbun (pengesahan nikah dengan Awie).

Manakala nama penyanyi Farah Asyikin dan suaminya, Zaahier Stanley turut dilihat berada di papan kenyataan berhubung permohonan perceraian mereka.

Bagaimanapun Fara dan Zaahier Stanley tidak hadir ke mahkamah dan kes berkenaan ditangguh pada 21 Januari untuk sebutan semula.

Ieda akhirnya bercerai dengan Mohd Naquib selepas gagal menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

Ieda Moin Cerai Talak Satu

Dalam pada itu bagi kes penyanyi dan pelakon Ieda Moin, wanita itu sah bercerai talak satu selepas suaminya, Mohamad Naquib Idris melafazkan talak di Dewan 5, Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Lafaz itu dibuat dihadapan Hakim Syarie, Mohamed Hizwan Mohamed Nor.

Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin, 35, memberitahu mahkamah perceraian itu adalah jalan terakhir sebagai penyelesaian kemelut rumah tangga mereka dan mengakui sudah tidak tinggal sebumbung sejak dua bulan lalu. 

Pasangan itu berkahwin pada 4 November 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Dhia Dania yang kini bwerusia enam tahun.

Bagaimanapun Mohamed Hizwan mengarahkan pasangan itu memfailkan tuntutan nafkah di Mahkamah Tinggi Syariah selepas Ieda tidak bersetuju dengan Mohd Naquib yang mahu membayar nafkah anak mereka sebanyak RM800 sebulan.

Fadilah dan Mat London selepas selesai kes pengesahan nikah dan cerai.

Mahkamah Terima Lafaz Cerai Dramatis Fadilah Mansor & Mat London

Dalam pada itu, di Dewan 2 kompleks mahkamah sama mengesahkan lafaz cerai yang dibuat penerbit dan pengarah Mat London terhadap dramatis Fadilah Mansor pada 28 September 2012 adalah sah dan mengikut hukum syarak.

Hakim Syarie, Ab Malek Awang membuat keputusan tersebut selepas berpuas hati dengan keterangan diberikan pasangan itu kepada mahkamah.

Fadilah dan Mat London atau nama sebemarnya Ahmad Ibrahim bernikah di Narathiwat, Thailand pada 18 Oktober 1989. 

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Alia Farhani, 23 dan Faeesal Aswad, 20 tahun.

Terdahulu, Ab Malek turut mengesahkan pernikahan pasangan itu di luar negara sah mengikut hukum syarak ditetapkan.

Fadilah bakal bernikah dengan penyanyi 60-an Datuk A Rahman Hassan pada 25 Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Mohd Fadhly mengakui masih sayangkan Syura dan mahu kembali sebagai suami-isteri.

Syura Gagal Hadir Kes Lafaz Rujuk

Sementara itu, dalam sidang sama, bekas suami kepada penyanyi dan juara program Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua, Syura iaitu Mohd Fadhly Md Yassin membuat permohonan pengesahan lafaz rujuk yang dibuat secara lisan pada 10 November lalu.

Bagaimanapun kes berkenaan ditangguhkan selepas Syura, 28, gagal menghadirkan diri pada sidang tersebut dan Hakim Syarie Ab Malek Awang menetapkan 20 Januari sebagai sebutan semula kes berkenaan.

Mohd Fadhly yang ditemui diperkarangan mahkamah turut mengakui mereka sah bercerai pada September lalu.

kes melibatkan Awie dan Rozana masih berlangsung di mahkamah.

Pengarah Jabatan Agama Dipanggil Beri Keterangan Kes Awie

Dalam perkembangan lain, dalam dewan berasingan, Hakim Mohd Amran Mat Zain mengarahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Yusoff Abu Bakar dipanggil memberi keterangan pada 6 Januari depan berhubung pengesahan surat nikah penyanyi Awie dan isterinya, Rozana Misbun.

Mohd Amran memberitahu kes berkenaan akan diselesaikan terlebih dahulu sebelum menyambung isu berhubung hak penjagaan anak yang difailkan oleh Awie selaku plaintif kes tersebut.

Rozana yang hadir pada sidang tersebut turut memaklumkan pihaknya menukar peguam syarie yang mewakilinya dalam kes tersebut iaitu Nor Azmi Mohd Arif.

Awie bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah.

Tags / Kata Kunci: Ieda Moin , Fadilah Mansor

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan