Khalwat: Putri Mardiana Anggap Selesai, Jais Pula Akan Siasat

Diterbitkan: Rabu, 17 Disember 2014 12:33 AM

Putri Mardiana

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI
PETALING JAYA: Pelakon filem Ngangkung, Putri Mardiana Zainal Abidin menjelaskan isu dia dan teman lelakinya yang dikenali sebagai Shahrizan Abdullah dicekup oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Ahad lalu telah pun selesai.

Putri Mardiana atau lebih mesra dengan sapaan Nina, 33, memaklumkan kes berkenaan tidak akan dibawa ke mahkamah syariah atas sebab-sebab tidak dijelaskan selain mendakwa mereka tidak bersalah.

"Semuanya telah pun selesai kerana semasa kejadian di rumah, tiada apa-apa yang berlaku di antara kami.

"Kes berkenaan juga tidak akan dibawa ke Jais atau pun mahkamah," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Akhbar melaporkan, Nina yang juga seorang ibu tunggal kepada tiga cahaya mata diserbu oleh Jais kira-kira pukul 3.23 pagi Ahad lalu di sebuah kondominium dekat Ukay Perdana, Ampang dalam satu siri serbuan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat orang awam.
Nina tidak mahu mengendahkan kata-kata negatif dilemparkan kepadanya. 

Pelakon itu mendakwa serbuan tersebut sengaja dirancang oleh bekas teman lelakinya dan bekas isteri Shahrizam dengan tujuan untuk memalukannya.

Dalam pada itu, Nina berkata, biarpun berasa terainaya ekoran kejadian itu namun dia tidak berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menjatuhkan maruahnya.

"Saya tidak akan panjangkan perkara itu kerana rasanya meraka sudah berpuas hati dapat memalukan saya seperti itu.

"Tiada gunanya hendak membalas dendam kerana apabila mereka letih nanti mereka akan diam sendiri," ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai pandangan negatif diterimanya ekoran kejadian berkenaan Nina berkata, dia tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu dan meneruskan kehidupannya seperti biasa.

"Biasalah mulut orang dan saya tidak mampu melakukan apa-apa untuk menghentikan daripada mereka terus bercakap perkara buruk tentang saya.

"Paling penting saya dan keluarga tahu tentang apa yang sebenarnya berlaku dan ia sudah memadai," ujarnya.

Sementara itu, Jais dalam satu kenyataannya yang dikeluarkan di sini pada Rabu memaklumkan, pelakon itu ditahan mengikut seksyen 29 (1) A dan B Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Penolong Pengarah, Unit Perhubungan Awam & Penerbitannya, Nurhamizah Othman berkata, pemeriksaan ke atas Putri Mardiana dan seorang pemuda iaitu Shahrizan Abdullah, 30, telah dilakukan di sebuah premis kediaman di Ukay Perdana, Hulu Klang berdasarkan aduan awam kepada Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu.

Jika disabitkan kesalahan pasangan berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selema tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Mereka telah dilepaskan dengan ikat jamin dan diarahkan hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak bagi siasatan lanjut dan kes ini sedang dalam siasatan Jais," katanya menerusi kenyataan itu.
Tags / Kata Kunci: Putri Mardiana.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan