Produksi Antarabangsa Walt Disney Intai Bakat Puteri Balqis

Diterbitkan: Rabu, 17 Disember 2014 1:18 PM

Puteri Balqis mula mendapat perhatian penerbit antarabangsa. Foto Ihsan Instagram @rockingbalqis.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon kanak-kanak, Puteri Balqis Azizi mula mendapat perhatian produksi antarabangsa selepas dia menerima trofi Pelakon Wanita Terbaik Asia di Asian Television Awards 2014 (ATA 2014), Singapura pada 11 Disember lalu.

Bapa kepada Puteri Balqis iaitu Azizi Aziz, 36, berkata, selain produksi filem dan drama, Pengarah Urusan Syarikat Walt Disney Asia Tenggara, Robert Gilby turut menyatakan minat untuk menyunting anaknya menyertai saluran itu.

"Alhamdulillah berkat kesabaran dan kesungguhannya selama ini mula menampakkan hasil apabila dia didatangi pelbagai pihak yang ingin mempelawanya terlibat dalam projek mereka.

"Selain saluran Disney, kami juga disapa oleh beberapa penerbit filem dari Amerika Syarikat dan Australia dan meminta kami menghubungi mereka semula untuk perbincangan lanjut," katanya kepada mStar Online.

Kemenangan Puteri Balqis atau lebih mesra dengan sapaan Aqish yang baharu sahaja berusia tujuh tahun itu menerusi telefilem arahan Erma Fatima berjudul Balqis yang disiarkan di TV3.

Selain Balqis, turut dicalonkan dalam kategori tersebut adalah Joan Chen (Singapura), Tien Hsin (Taiwan), Kristal Tin (Hong Kong), Rui En (Singapura) dan Ko Su Chin (Taiwan).

Balqis turut dicalonkan menerusi kategori Drama/Telefilem Terbaik.

Pelakon itu terdahulu memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) 2014 yang berlangsung pada 7 November lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Balqis mendedikasikan trofi kemenangan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, Azizi berkata, biarpun teruja dengan pelbagai tawaran daripada produksi luar negara namun sebagai bapa dia akan memastikan tawaran tersebut sesuai dan berbaloi dengan Balqis selain tidak menggangu waktu pembelajarannya.

Kata Azizi, dia tidak mahu anaknya itu berasa tertekan dengan pelbagai komitmen yang pada akhirnya akan memberi kesan mendalam pada masa akan datang.

"Bukan ingin bersikap 'demand' tetapi realitinya dia masih kecil dan saya tidak mahu dia berasa tertekan namun jika dia sanggup untuk lakukan sebarang projek tanpa mengabaikan pembelajaran saya bersikap terbuka.

"Bagaimanapun Alhamdulillah biarpun masih kecil dia sangat berdikari dan tidak pernah mengabaikan pelajarannya," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai kemenangan pada ATA 2014, Azizi berkata, anaknya itu menitiskan air mata sebaik menerima trofi tersebut kerana terlalu gembira dapat mengharumkan nama negara di luar negara.

Malah kata Azizi, Balqis terharu kerana kemenangan tersebut adalah untuk Erma Fatima yang banyak memberi tunjuk ajar kepadanya.

"Kami sendiri tidak menyangka Balqis akan memenangi trofi berkenaan kerana persaingan dalam kategori itu semuanya hebat.

"Alhamdulillah rezeki dia dapat mengharumkan nama negara dan kami sekeluarga tumpang gembira dengan kemenangan tersebut," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan