Penggiat Seni Sifatkan Mustapha Maarof Mudah Didekati

Diterbitkan: Selasa, 16 Disember 2014 12:31 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penggiat seni hiburan tanah air menyifatkan Allahyarham Seniman Datuk Mustapha Maarof merupakan individu yang mudah didekati dan lembut ketika berbicara.

Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Datuk Yusof Haslam, berkata, biarpun Mustapha tegas dengan pendiriannya terutama dengan hal-hal berkaitan melibatkan industri hiburan tempatan, Allahyarham sebenarnya mudah dibawa berbincang dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

"Dia seorang yang mudah didekati oleh sesiapa pun malah sekiranya ada sebarang masalah Mustapha adalah orang paling tepat untuk berbicara.

Mustapha meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.

"Pemergiannya adalah satu kehilangan besar kepada industri hiburan tempatan," katanya ketika ditemui di Masjid Bandar Baru Sentul di sini ketika solat jenazah Allahyarham.

Mustapha atau nama sebenarnya, Mustapha Azahari Maarof, 79, meninggal dunia di Hospital Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju di sini kira-kira pukul 8.50 pagi, Isnin akibat jangkitan paru-paru.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas solat Zuhur pada hari sama.

Tambah Yusof, jasa dan sumbangan terbesar Mustapha apabila beliau berjaya mewujudkan tabung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dengan dana terkumpul sebanyak RM1 juta.


Rakan artis dan orang ramai berbilang kaum turut sama-sama memberikan penghormatan terakhir kepada Mustapha.

"Jasa beliau paling tinggi sepanjang bergelar presiden Seniman adalah apabila beliau berjaya mewujudkan tabung Seniman dan mengumpul dana sebanyak RM1 juta selain kesudiannya melepaskan jawatan tersebut kepada generasi muda.

"Dia berharap generasi muda dapat menaikkan martabat Seniman selain semua persatuan bersatu dan tidak berbalah seperti mana berlaku sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, Mustapha seorang pejuang yang banyak berjasa kepada persatuan dan industri seni secara keseluruhannya.

"Saya sempat melawat beliau ketika di hospital dan antara nasihat diberikan kepada saya adalah supaya menjaga Seniman, artis veteran dan memastikan semua ahli bersatu dalam memajukan industri seni.

"Kata-kata itu akan saya cuba laksanakan seperti mana diamanahkan kepada saya," ujarnya.

Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 25 November lalu selepas mengalami kesukaran bernafas akibat komplikasi paru-paru.


Penerbit dan pelakon Datuk Rosyam Nor turut menyifatkan pemergian Mustapha satu kehilangan kepada industri hiburan.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Tentera Tuanku Mizan Zainal Abdin, untuk rawatan lanjut dan sebelum meninggal dunia.

Antara filem-filem lakonan beliau ialah Sultan Mahmud Mangkat Di Julang, Yatim Mustapha, Seri Mersing dan Naga Tasik Chini.

Allahyarham adalah anak kepada pengasas Malay National Bank, sebuah syarikat kewangan pertama untuk orang Melayu iaitu Maarof Zakaria yang mati dibunuh sekitar tahun 1947.

Allahyarham meninggalkan tiga orang anak dan tujuh orang cucu.

Beliau pernah berkahwin dengan pelakon Suraya Harun pada tahun 1965 dan berpisah tiga tahun kemudian.

Selepas itu Allahyarham berkahwin dengan seniwati Roseyatimah pada 1967 dan pelakon itu kemudiannya meninggal dunia pada 14 Disember 1987 akibat kanser payudara.

mStar Default Image
Anak bongsu Allahyarham, Mohd Rezainuddin (berbaju belang) di pusara bapanya.

Tags / Kata Kunci: Mustapha Maarof , Yusof Haslam , Zed Zaidi.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan