Seniman Mustapha Maarof Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 15 Disember 2014 10:02 AM

Mustapha Maarof

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Seniman Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju dekat sini kira-kira pukul 8.50 pagi, Isnin akibat jangkitan paru-paru.

Anak bongsu Allahyarham iaitu Mohd Rezainuddin, 38, berkata, bapanya berada dalam keadaan kritikal pada malam Ahad dan hanya bergantung kepada alat sokongan perubatan untuk hidup.

"Ayah berada selama 12 hari di Unit Rawatan Kritikal (ICU) dan hanya bergantung kepada ubat-ubatan sahaja sehinggalah dia menghembukan nafas terakhir di sisi anak-anaknya pada pagi tadi," katanya kepada mStar Online.

Mohd Rezainuddin berkata, semasa hayatnya Allahyarham berpesan agar anak-anak menjaga rumah mereka di Subang Jaya di sini selain tidak memutuskan silaturahim adik-beradik.

Allahyarham meninggalkan tiga orang anak berusia 38 hingga 50 tahun termasuk dua orang hasil perkahwinan keduanya bersama seniwati Roseyatimah.

Terdahulu Mustapha, 79, dimasukkan ke Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL)  pada 25 November lalu selepas mengalami kesukaran bernafas akibat komplikasi paru-paru.

Mustapha Maarof pada zaman mudanya.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 2 Disember lalu bagi mendapatkan rawatan susulan.

Antara filem-filem lain lakonan beliau ialah Sultan Mahmud Mangkat Di Julang, Yatim Mustapha, Seri Mersing dan Naga Tasik Chini.

Pada tahun 2010, beliau diumumkan penerima Anugerah Tokoh Perfileman yang diberikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Beliau juga pernah dipilih sebagai presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Allahyarham adalah anak kepada pengasas Malay National Bank, sebuah syarikat kewangan pertama untuk orang Melayu iaitu Maarof Zakaria.

Maarof kemudiannya dibunuh selepas beberapa bulan bank berkenaan beroperasi iaitu sekitar tahun 1947.

Sebagai menghargai Allahyarham, kerajaan telah menamakan jalan Maarof di Bangsar dekat sini dengan nama beliau.

Jenazah Allahyarham Mustapha akan disembahyangkan di Masjid Bandar Baru Sentul dan akan dikebumikan selepas Zuhur berdekatan pusara isterinya, Roseyatimah di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang dekat sini.

Ketika berita ini ditulis pada tengah hari Isnin, ibu mertua beliau, seniwati Neng Yatimah yang kini berusia 91 tahun dalam perjalanan dari Singapura.

Tags / Kata Kunci: Mustapha Maarof

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan