"Ada Yang Cemburu Hubungan Saya Dengan Izreen Azminda" - Amar Baharin

Diterbitkan: Isnin, 15 Disember 2014 12:25 AM

Amar lebih selesa jadi kawan rapat Izrean Azminda

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Amar Baharin mendedahkan ada pihak yang cemburu terhadap hubungan rapatnya dengan aktres Izreen Azminda selepas mereka digosipkan sedang bercinta.

Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 29, berkata, pihak tersebut kebanyakkannya menyatakan perasaan cemburu dan kurang senang mereka di laman sosial peribadi kedua-dua artis ini.

"Ya, ada yang cemburu dan memberi komen yang bukan-bukan di laman sosial kami. Ada juga peminat yang tukar-tukar muka pada gambar Izreen kepada muka mereka.

"Tapi setakat ini tidaklah teruk hingga boleh menjejaskan keselamatan kami," katanya kepada mStar Online.

Amar berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan hubungan rapatnya dengan pelakon Izreen Azminda selepas drama bersiri popular Kerana Terpaksa Aku Relakan.

Izreen Azminda

Tambah Amar, hubungannya dengan pelakon wanita itu masih rapat seperti dahulu, namun belum memutuskan sebagai pasangan kekasih.

Katanya, dia lebih selesa menganggap Izreen sebagai kawan rapat dan tempat dia berkongsi segala masalah tentang kerja dan peribadi.

"Kawan rapat sahajalah, itu lebih mudah daripada bercinta. Saya lagi takut kalau hubungan kawan itu bertukar menjadi cinta.

"Hubungan cinta kalau putus akan merosakkan hubungan persahabatan, jadi biarlah kami kawan rapat sampai bila-bila," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang perkembangan kerjayanya, Amar berkata, buat masa ini dia sedang bercuti sehingga awal tahun 2015.

Jelasnya, dia mengambil masa ini untuk berehat selepas tamat drama Suamiku Encik Sotong yang mengambil masa dua bulan penggambaran.

"Saya baru saja tamat penggambaran drama Suamiku Encik Sotong selama dua bulan. Sekarang ini rehat hujung tahun dan habiskan masa dengan keluarga, Insya-Allah awal tahun depan sambung bekerja semula," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Amar Baharin

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan