Syarul Ridzwan Cerita Detik Cemas Ketika Kemalangan

Diterbitkan: Ahad, 14 Disember 2014 12:29 AM

Syarul jangka keretanya akan meletup selepas terpusing dan terbalik.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Syarul Rizwan memberitahu pengalaman terlibat dalam kemalangan di Sungai Ujong, Seremban pada petang Khamis lalu sebagai sesuatu kejadian paling buruk yang pernah dialaminya.

Syarul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 25, berkata, dalam kejadian tersebut dia menyangka bahawa kereta jenis Honda City yang dipandu itu bakal meletup selepas berpusing beberapa kali dan terbalik.

"Saya baru sahaja selesai penggambaran drama Street Vendetta di Kuala Linggi, kemudian saya mahu pulang ke Bangi dan mengambil keputusan untuk menggunakan jalan dalam kerana Lebuhraya Plus sesak teruk.
Keadaan kereta Honda City yang dipandu Syarul ketika terlibat kemalangan.

"Ketika itu hujan lebat dan saya memandu dengan perlahan kerana jalan licin, selepas terlanggar pembahagi jalan kereta saya berpusing dua kali.

"Saya sedar waktu kereta berpusing dan bila sudah terbalik, asap keluar banyak dalam kereta, saya mengucap dan buka tali pinggang keselamatan kemudian merangkak keluar kerana takut kereta meletup," ujarnya.

Syarul berkata, dia mematikan enjin kereta beberapa saat selepas berjaya keluar dari kenderaan itu.

Sementara itu, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan teruk.

"Alhamdulillah, saya tiada kecederaan teruk cuma ada luka di gegendang telinga sebelah kiri dan kanan. Telinga saya berdesing dan tidak boleh dengar bunyi yang terlalu kuat," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Syarul Ridzwan

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan