Fauziah Nawi Lebih Tenang Jadi Juri Pencetus Umah

Diterbitkan: Ahad, 14 Disember 2014 12:30 AM

Fauziah Nawi akui jiwa lebih tenang dengan program keagamaan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Fauziah Nawi memberitahu hatinya lebih tenang apabila terlibat dengan program keagamaan iaitu Mimbar Pencetus Ummah musim kedua yang bersiaran setiap Khamis, pukul 9 malam di Astro Oasis.

Fauziah berkata, program tersebut berbeza dengan program hiburan yang biasa disertai kerana dia lebih banyak belajar tentang agama islam.

"Program ini membuatkan hati saya cukup tenang dan secara tidak langsung saya dapat belajar tentang agama melalui apa yang peserta sampaikan.

"Saya menganggap ia adalah jalan yang ditentukan Allah supaya saya terlibat dalam program keagamaan ini pada usia yang sudah sebegini," ujarnya kepada mStar Online.

Fauziah Nawi bertindak sebagai Murabbi (fasilitator/juri) bersama Ustaz Haslin Baharim dan Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.

Tambahnya, perasaan yang dirasakan apabila seseorang peserta terkeluar pada sesebuah episod berbeza dengan progran realiti lain.

"Biasanya saya akan rasa sedih dan menangis apabila ada peserta yang kita anggap boleh pergi jauh terkeluar awal, namun program ini berbeza.

"Semua peserta tidak mahu saya rasa sedih kerana sudah memberitahu bahawa mereka reda jika terkeluar pada episod itu," ujarnya.

Program realiti Mimbar Pencetus Ummah musim kedua bersiaran pada setiap Khamis, pukul 9 malam di Astro Oasis.
Tags / Kata Kunci: Fauziah Nawi , Mimbar Pencetus Ummah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan