Yaya Maembong & Wan Raja Dapat Tajaan Berbulan Madu Ke London

Diterbitkan: Sabtu, 13 Disember 2014 12:32 AM

Majlis pernikahan Wan Raja dan Yaya Maembong.

(Ubah saiz teks)

AMPANG: Pelakon Emma Maembong memberikan hadiah istimewa berupa pekej berbulan madu ke London sempena perkahwinan kakaknya, Yaya Maembong dengan pelakon Wan Raja.

Yaya atau nama sebenarnya, Rabbiati Adawiyyah, 38, berkata, hadiah itu merupakan satu kejutan yang dilakukan oleh adik kesayangannya selepas mereka selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz, pada Jumaat.

"Insya-Allah kami akan berbulan madu di sebuah pulau dalam masa terdekat ini dan kemudian akan ke London.

"Itu merupakan hadiah istimewa yang diberikan oleh Emma dan Insya-Allah kami akan pergi awal tahun depan iaitu selepas Wan Raja selesai penggambaran drama," ujarnya kepada mStar Online.

Yaya dan Wan Raja atau nama sebenarnya Saiful Redzuan Abu Bakar, 37,  selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al-Redhuan, Hulu Klang di sini, petang Jumaat.

Selamat pengantin baru buat Wan Raja dan Yaya Maembong.


Yaya menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran sebanyak RM 12,121.40.

Sementara itu, ditanya tentang keistimewaan wanita itu, Wan Raja berkata, Yaya merupakan seorang yang tidak cerewet dan sukakan kesenian.

"Saya mengenali dia bukan kerana dia adalah keluarga Maembong, mempunyai ayah seorang pelukis atau adik-beradik yang cantik.

"Namun, dia seorang yang suka sesuatu yang seni seperti saya juga. Jadi apa yang kami lakukan dan fikirkan selalunya sama," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang perancangan keluarga, Wan Raja berkata, dia hanya menyerahkan segalanya kepada Allah.

Dia juga tidak menolak jika dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat memandang usianya sudah terlewat berkahwin berbanding lelaki lain.
Tags / Kata Kunci: Wan Raja , Yaya Maembong

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan