Puteri Balqis Pelakon Wanita Terbaik Asia

Diterbitkan: Jumaat, 12 Disember 2014 11:15 AM

Puteri Balqis bersama trofi kemenangannya. Foto Ihsan Instagram Rockingbalqis.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon kanak-kanak, Puteri Balqis Azizi menerima trofi Pelakon Wanita Terbaik di Asian Television Awards 2014 yang berlangsung di Marina Bay Sands, Singapura pada malam Khamis.

Kemenangan Puteri Balqis yang baharu berusia 7 tahun itu menerusi telefilem arahan Erma Fatima berjudul Balqis yang disiarkan di TV3.

Selain Puteri Balqis, turut tercalon dalam kategori tersebut adalah Joan Chen (Singapura), Tien Hsin (Taiwan), Kristal Tin (Hong Kong), Rui En (Singapura) dan Ko Su Chin (Taiwan).

Balqis turut tercalon menerusi kategori Drama/Telefilem Terbaik.

Puteri Balqis terdahulu memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) 2014 yang berlangsung pada 7 November lalu.

Selain Puteri Balqis, pemenang lain pada malam itu adalah Pierre Png (Singapura) menerusi lakonannya dalam Zero Calling manakala Rayson Tan memenangi trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Pemenang lain pada malam itu adalah Hsieh Chung Hsuan (Taiwan) yang membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam Lonely River.

Manakala drama bersiri Naoki Hanzawa dianugerahkan sebagai Drama Bersiri Terbaik.

Asian Television Awards 2014 menyaksikan 1,371 penyertaan daripada 14 buah negara Asia Pasifik termasuk 199 stesen televisyen, 64 buah produksi untuk berentap menerusi 38 kategori dipertandingkan.

Ia dihoskan oleh Harith Iskander, George Young, Sazzy Falak dan Stephanie Carrington.

Antara selebriti yang turut hadir ke acara berkenaan adalah Zhai Tian Lin, Selena Li, Dennis Trillo, Tien Hsin dan 2moro.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan