Norman Hakim Berasa Marah Tidak Ke Gim

Diterbitkan: Jumaat, 12 Disember 2014 12:32 AM

Norman akui tidak pernah gagal ke gim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Norman Hakim memberitahu dia tidak pernah gagal walaupun sehari untuk melakukan senaman di gim bagi mengekalkan bentuk badan sasa.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 38, berkata, dia menjadikan perkara tersebut sebagai rutin harian yang diamalkan sejak lima tahun lalu.

"Dulu saya pergi gim untuk buang sifat negatif dan bina otot, namun semakin lama saya jadi ketagih sehingga menjadi rutin harian saya.

"Kalau terlalu sibuk sekalipun saya akan curi masa untuk buat 'kardio' asalkan dapat mengeluarkan peluh," ujarnya kepada mStar Online.

Norman jadikan senaman di gim sebagai rutin harian.

Dalam pada itu, Norman mengakui emosinya boleh terganggu dan perasaan mudah marah apabila tidak dapat bersenam di gim.

Tambah Norman, isterinya pelakon Memey Suhaiza memahami situasi itu dan sentiasa memberi sokongan terhadap apa sahaja yang dilakukannya.

"Saya punya ketagih untuk ke gim boleh diibaratkan kalau ada orang bayar supaya saya tidak bersenam sekalipun... saya tolak.

"Susah nak cakap perasaannya, kalau saya tidak pergi saya rasa mudah berasa marah," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang lakonan, Norman kini lebih mengutamakan watak ringan berbanding watak yang terlalu mencabar dan antagonis.

Katanya, pada usia sebegini dia lebih selesa membawa watak sebagai seorang bapa yang mempunyai anak-anak kecil.

"Akhir-akhir ini saya ambil watak yang ringan dan mudah sahaja kerana tidak perlu terlalu menjiwainya.

"Watak-watak yang saya ambil selalunya memang ada kena mengena dengan saya dan mudah untuk dilakonkan," katanya.

Norman bakal keluar dengan drama 3 Campur 2 yang akan bersiaran bermula 13 Disember ini, setiap Sabtu, pukul 11 pagi di Astro Ceria,  Prima dan Maya HD.

Tags / Kata Kunci: Norman Hakim

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan