Fauziah Nawi Difitnah Kenakan Caj RM8,000 Untuk Kelas Teater

Diterbitkan: Jumaat, 12 Disember 2014 12:34 AM

Fauziah Nawi tidak pernah kenakan bayaran terhadap kelas teaternya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Fauziah Nawi kesal selepas tersebar fitnah kononnya dia mengenakan caj tidak masuk akal bagi menyertai kelas lakonan teater sehingga mencecah RM8,000.

Fauziah berkata, tuduhan itu sama sekali tidak berasas kerana setiap kursus yang diadakan adalah anjuran sesebuah agensi atau syarikat produksi manakala khidmatnya sebagai tenaga pengajar untuk berkongsi tentang lakonan persembahan teater.

"Saya tidak pernah mengenakan bayaran secara individu terhadap pelajar yang memasuki kelas teater saya selama ini.

"Kelas teater saya dibuat secara percuma kerana saya dibayar oleh pihak tertentu seperti Finas atau produksi teater yang memerlukan khidmat saya untuk mengajar," ujarnya kepada mStar Online.

Fauziah berkata demikian ketika diminta menjelaskan mengenai status tidak puas hatinya yang dimuat naik di Facebook miliknya berhubung tuduhan dia mengenakan caj tidak masuk akal sehingga mencecah RM8,000 bagi 16 jam kelas teater yang dianjurkan.

Fauziah Nawi menjelaskan tentang bayaran tersebut di laman sosial Facebook miliknya.

Dalam pada itu, Fauziah berkata, dia kecewa apabila ramai yang tidak bertanya dengannya terlebih dahulu sebelum mempercayai khabar angin tersebut.

"Saya didatangi oleh seorang pelajar yang memberitahu bahawa selama ini dia sangka yang saya meletakkan harga tinggi untuk kelas latihan teater.

"Saya sedar mungkin ada orang yang tidak suka kita dan memburuk-burukkan kita, malah orang lain pula tidak mahu tanya sendiri perkara itu kepada saya," katanya.

Dalam pada itu, Fauziah berkata, ketegasannya ketika bercakap membuatkan orang yang melihat caranya mengajar sebagai seorang guru yang garang dan mudah marah.

Jelasnya, pelajar yang berminat seharusnya bertemu dan mengenalinya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi tentang dirinya.

"Saya dengar macam-macam yang buruk tentang saya, bukan mengenai harga sahaja, mereka juga takut kerana sangka yang saya garang dan suka marah.

"Sebaliknya, saya bukan begitu, suara saya yang kuat dan tegas membuatkan mereka fikir saya sedang marah," katanya.

Sementara itu, Fauziah berkata, dia bersama seorang rakan dalam perancangan untuk menganjurkan kelas latihan teater berbayar pada tahun depan.

Katanya, kelas tersebut akan diadakan dalam kelompok yang kecil bagi memudahkan dia mengenali setiap pelajar dengan lebih dekat.
Tags / Kata Kunci: Fauziah Nawi

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan