Video Najwa Latif, Upin & Ipin Ditonton Lebih 2 Juta Di YouTube

Diterbitkan: Rabu, 10 Disember 2014 1:05 PM

Najwa Latif

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Klip video animasi lagu Boria Suka-Suka Upin & Ipin mencatat rekod tontonan video hiburan tertinggi menerusi  laman YouTube Malaysia bagi Top Trending Vidoes YouTube Malaysia 2014.

Klip video terbitan Les’ Copaque Produsction yang dimuat naik di YouTube pada 2 Januari 2014 itu ditonton melebihi 2.18 juta orang.

YouTube Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Rabu memaklumkan rancangan hiburan Maharaja Lawak Mega 2013 bagi minggu ke sepuluh turut mencatat rekod tontonan tertinggi.

Rancangan yang menampilkan persembahan kumpulan Sepahtu itu ditonton seramai 1.38 juta orang, selepas ia dimuat naik di laman portal video berkenaan pada 20 Januari 2014.



Persembahan peserta Ceria Popstar 2 di konsert semi-final Kilauan Emas 4 turut mencatatkan trending apabila ia ditonton melebihi 986,000 orang.

Peserta berkenaan menyampaikan lagu daripada Hattan iaitu Rindu Bertandang Lagi dan Madah Berhelah yang dipopularkan oleh Ziana Zain.

Video berkenaan dimuat naik pada 27 Mei 2014.

Persembahan kumpulan Shiro pada minggu ke lapan dalam Maharaja Lawak Mega 2013 pula menduduki trending seramai 896,057 tontonan.

Video itu dimuat naik pada 6 Januari 2014.

Bagi Top Trending Music Video pula, lagu Najwa Latif yang dimuat naik menerusi laman portal rasminya pada 2 Februari 2014 mencatat tontonan bagi artis tempatan tertinggi iaitu seramai 2.63 juta orang.

Kumpulan WARIS yang berkolaborasi dengan Datuk Hattan menerusi lagu Gadis Jolobu pula memperoleh catatan 2.12 juta tontonan selepas dimuat naik pada 17 Mac 2014.

Datuk Siti Nurhaliza pula mencatatkan rekod tontonan sebanyak 1.59 juta menerusi lagunya Jaga Dia Untukku. Video muzik itu dimuat naik pada 21 Ogos 2014.

Tags / Kata Kunci: YouTube , Najwa Latif , Upin & Ipin

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan