Salwa Razak Tidak Layan Gosip Hidup Mewah Ditaja

Diterbitkan: Rabu, 10 Disember 2014 12:31 AM

Salwa enggan lagi melayan gosip kononnya kehidupan mewahnya adalah kerana ditaja oleh seseorang.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Ahmad iaitu Salwa Razak enggan melayan cakap-cakap yang mempertikaikan sumber pendapatannya ekoran dia dilihat menjalani kehidupan mewah biarpun karier nyanyian malap berbanding sesetengah artis lain.

Salwa, 29, berkata, dia tidak berhasrat untuk melayan semua tuduhan dilemparkan atau pun mendedahkan perincian tentang kehidupannya kepada umum.

"Mereka yang melemparkan pelbagai tuduhan termasuk kehidupan saya ditaja dan sebagainya adalah tidak berasas tetapi pada masa sama saya tidak mampu untuk menutup mulut mereka daripada terus menfitnah saya.

"Adalah lebih baik saya tidak ambil pusing dengan apa yang diperkatakan tentang saya kerana lebih baik saya fokus terhadap kerjaya saya," katanya kepada mStar Online.

Salwa menjawab tuduhan kononnya dia ditaja oleh seseorang selepas dia dilihat tampil dengan koleksi barangan berjenama selain dilaporkan menetap di kawasan mewah di tengah-tengah kesibukan kota Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Salwa menegaskan keselesaan yang dikecapnya sekarang adalah hasil daripada usaha keras dalam bidang perniagaan yang diusahakan iaitu membuka nurseri pokok selepas menyepikan diri daripada industri muzik sejak dua tahun lalu.

Salwa tidak pernah berhasrat untuk melupakan bidang nyanyian.

Jelas Salwa, sepanjang tempoh itu juga dia telah merasai pelbagai rintangan yang disifatkan sebagai mencabar sebelum dapat merasai hasil usaha keras tersebut.

"Tidak adil hanya kerana saya nampak hidup mewah terus dikatakan kehidupan saya ditaja tetapi orang tidak tahu kesusahan saya sebelum ini.

"Sepanjang dua tahun itu saya berusaha keras memajukan perniagaan tersebut dan Alhamdulillah ia mendatangkan hasil buat saya dan keluarga," katanya yang turut menjual pakaian bawah jenamanya dan produk kecantikan.

Sementara itu, Salwa berkata, dia tidak pernah berhasrat untuk berundur daripada bidang seni sebaliknya sedang mengatur langkah untuk menjenamakan kembali namanya dalam industri muzik.

Malah kata Salwa, dia kini sedang giat mempromosikan single terbaharunya iaitu Begitulah Diriku dan Hidup Baru.

"Nyanyian masih menjadi keutamaan saya malah sepanjang dilihat sepi daripada industri saya sebenarnya banyak mendapat undangan nyanyian cuma ia tidak dihebahkan dalam media.

"Insya-Allah tahun hadapan saya sudah merangka beberapa perancangan untuk kembali aktif dalam bidang seni selain terus menumpukan kepada perniagaan diusahakan," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Salwa Razak.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan