Remy Ishak Tolak Tawaran Jadi Pengarah

Diterbitkan: Jumaat, 5 Disember 2014 12:32 AM

Remy masih belum bersedia untuk bergelar pengarah biarpun mendapat pelbagai tawaran untuk berbuat demikian.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Remy Ishak menjelaskan dia terpaksa menolak tawaran daripada beberapa syarikat produksi yang mahu mengambilnya menjadi pengarah kerana merasakan masih belum layak berbuat demikian.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 32, berkata, darjat seseorang pengarah itu sangat tinggi dan dia tidak yakin dapat melunaskan kepercayaan diberikan dengan baik selain belum puas bergelar pelakon.

"Alhamdulillah memang banyak tawaran sebagai pengarah yang saya terima tetapi terpaksa ditolak secara baik kerana saya belum yakin dapat melunaskan tanggungjawab itu.

"Malah sebagai pelakon pun masih banyak ruang yang perlu diperbaiki selain ada beberapa perkara yang ingin saya lunaskan terlebih dahulu sebelum berani mengarahkan sesebuah drama atau filem," katanya kepada mStar Online.

Remy bakal muncul dengan drama bersiri #Antidot  yang turut menampilkan barisan pelakon seperti Kamal Adli, Nad Zainal, Nabila Huda dan Shahriza Mahmud.

Drama arahan Kabir Bhatia itu bakal bersiaran menerusi slot Aksi (TV3) bermula 9 Disember ini. Ia ke udara pada setiap hari Selasa pada pukul 10 malam.

Pelakon berusia 32 tahun ini bakal muncul dalam drama bersiri terbaharunya, #Antidot.

Dalam pada itu, Remy berkata, sebagai seorang pelakon dia berhasrat untuk membintangi naskhah berbeza dan masih menunggu peluang diberikan.

Malah kata Remy, pada tahap ini dia meletakkan soal bayaran di tangga kedua kerana paling penting dia puas dapat melakonkan dalam karya yang lain daripada lain.

"Antara sebab saya masih mahu berlakon dan tidak mahu mengarah kerana banyak watak belum saya lakonkan dan ingin terlibat dalam naskhah yang menampilkan watak dan jalan cerita berbeza.

"Sekiranya naskhah itu baik dan menepati cita rasa yang saya katakan, soal harga tidak menjadi masalah kerana apa yang lebih penting saya dapat belajar sesuatu dan menimba pengalaman baharu," ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai wajahnya sering menghiasi karya arahan Kabir, Remy menjelaskan dia tidak menganggap perkara itu sesuatu yang luar biasa kerana dia selesa duduk di bawah arahan pengarah itu.

Jelas Remy, Kabir sentiasa tampil dengan karya berbeza selain dapat menimba pengalaman baharu baik dari segi lakonan mahupun produksi.

"Saya tiada masalah bekerja dengan mana-mana pengarah barangkali saya dilihat terlalu kerap bersama Kabir kerana dia dikenali ramai tetapi hakikatnya saya juga banyak bekerja di bawah pengarah menerusi produksi lain berulang kali.

"Bagaimanapun Kabir mempunyai keistimewaan tersendiri dan saya faham apa kehendaknya di set penggambaran selain dia sering tampil dengan karya berbeza," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Remy Ishak , #Antidot.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan