AJL 29: Komposer Minta Tidak Tuduh Akim Lalok

Diterbitkan: Rabu, 3 Disember 2014 12:31 AM

Peminat lagu Mewangi salahkan Akim Ahmad kerana gagal layak ke AJL 29.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Komposer lagu Mewangi, Zul (2 By2) berharap peminat tidak terus menyalahkan Akim Ahmad kerana kegagalan lagu tersebut dipilih ke Anugerah Juara Lagu 29 (AJL 29).

Zul atau nama sebenarnya, Zulkefli Majid, 42, berkata, penyanyi tersebut telah menyampaikan lagu itu pada malam Separuh Akhir Muzik Muzik  pada 28 November lalu dengan baik.

"Jangan salahkan dia, bagi saya dia sudah menyampaikan lagu tersebut dengan sempurna. Kalau nak dinilai dari segi vokal pada malam itu, tidak semua penyanyi dapat beri 100 peratus kehebatan sama seperti lagu yang didengar ketika proses rakaman.

"Sebelum dia buat persembahan pada malam itu, dia sudah beritahu saya terlalu gemuruh dan tertekan kerana harapan peminat terlalu tinggi untuk melihat lagu tersebut berjaya ke AJL 29," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, pada Selasa.

Zul akui kecewa kerana lagu Mewagi gagal ke AJL 29.

Zul selaku penulis lagu itu berkata demikian ketika diminta mengulas pendapat segelintir peminat yang menganggap Akim tidak membuat persembahan terbaik sehingga karya itu gagal ke Anugerah Juara Lagu 29  yang akan berlangsung pada 18 Januari 2015.

Malah, ada juga yang mendakwa penyanyi itu berada dalam pengaruh dadah atau 'lalok' ketika membuat persembahan.

Akim dalam satu kenyataan kepada akhbar Harian Metro pula menafikan tuduhan itu selain meminta orang ramai tidak memfitnahnya.

Dalam pada itu tambah Zul, Akim menyampaikan lagu tersebut dengan penuh perasaan dan penghayatan yang cukup baik pada malam tersebut.

"Saya tidak nampak pula dia seperti lalok, apa yang saya nampak dia telah menyampaikan lagu itu dengan baik dan menghayati lirik lagu itu penuh perasaan.

"Dia sangat kecewa dengan keputusan itu, jadi jangan tambahkan kekecewaan dia dengan tuduhan yang bukan-bukan," ujarnya.

Dalam pada itu, Zul mengakui agak kecewa apabila lagu yang diharapkan layak ke AJL29  itu tidak dipilih oleh juri.

Jelasnya, ia tidak adil bagi komposer jika pemilihan tersebut dilakukan berdasarkan persembahan yang dilakukan oleh penyanyi pada malam separuh akhir itu.

"Kalau ramai peminat yang kecewa dan marah, apatah lagi saya sebagai pencipta lagu tersebut. Mereka sepatutnya beritahu awal-awal bahawa persembahan artis pada malam separuh akhir itu turut diambil kira.

Ia juga tidak adil bagi komposer kerana Anugerah Juara Lagu merupakan pertandingan yang menilai karya lagu dan lirik, bukannya penyanyi. Apa-apa pun saya hormat dengan keputusan pengadil," katanya.



Tags / Kata Kunci: Akim Ahmad , Mewangi

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan