Pengurusan Jawab Isu Bayaran Mahal Amelina

Diterbitkan: Rabu, 3 Disember 2014 1:42 PM

Liza bersama suaminya komposer Ajai.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarikat pengursan artis iaitu Wake The Baby menyangkal dakwaan segelintir pihaknya kononnya syarikat itu mengenakan bayaran tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit kepada mana-mana individu dan syarikat korporat yang ingin menawarkan persembahan kepada penyanyi Amelina.

Pengurus artis syarikat berkenaan, Liza Ilias berkata, sebut harga yang diberikan bersesuaian dengan nilai pasaran sekarang, apatah lagi penyanyi tersebut mempunyai nama yang kukuh dalam industri muzik sebelum ini.

"Kami ada menerima beberapa permintaan daripada penganjur persembahan di Singapura untuk acara korporat, namun kami masih belum mengesahkannya lagi

"Daripada harga yang kami beri tidaklah terlalu mahal kerana kalau dulu harga dia RM7,000. Sekarang kadarnya dalam dua kali ganda bersesuaian dengan suasana ketika ini. Takkan nak ikut harga lama juga. Bagaimanapun, harga tersebut masih boleh dibincangkan lagi," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini pada Rabu.

Amelina belum bersedia buat persembahan pentas.

Liza berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin syarikat Wake The Baby yang dimilikinya dan suami, komposer Ajai telah meletakkan sebut harga tinggi bagi sesebuah persembahan melibatkan Amelina sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Tindakan itu dikatakan bakal meranapkan kerjaya seni Amelina kerana ratu dangdut itu sedang membuat kemunculan semula selepas sekian lama menghilangkan diri.

Jelas Liza, buat masa ini pihak mereka masih belum menerima mana-mana permintaan persembahan berikutan penyanyi tersebut sendiri belum lagi bersedia.

"Permintaan dalam Malaysia belum ada lagi cuma kami aturkan rangka promosi dengan beberapa media. Kami pun tidak menerima jemputan mana-mana persembahan kerana Amelina sendiri belum bersedia melakukannya.

"Insya-Allah selepas lagu baru dia siap barulah kami akan terima tawaran persembahan korporat," katanya.

Dalam pada itu, Liza berkata pihak pengurusan sudah merancang beberapa strategi untuk meletakkan semula nama penyanyi itu dalam industri hiburan tanah air.

Katanya, selepas lagu baharu tersebut siap sepenuhnya, Amelina sendiri akan turun padang menyerahkan lagu tersebut kepada pihak stesen radio.
Tags / Kata Kunci: Amelina , Wake The Baby

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan