Repvblik Band Pilih Hard Rock Cafe Melaka Lokasi Konsert

Diterbitkan: Ahad, 30 November 2014 12:30 AM

Repvblik bakal mengadakan persembahan istimewa buat peminat mereka di Melaka.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan daripada Indonesia, Repvblik memilih Melaka Bandaraya Bersejarah sebagai lokasi untuk mereka mengadakan konsert istimewa khas buat peminat pada 8 Disember depan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MVM Production, Repvblik akan mengadakan persembahan itu di Hard Rock Cafe Melaka pada pukul 9 malam bersempena dengan pelancaran album terbaharu mereka.

"Repvblik akan berada di negara ini bermula 7 hingga 11 Disember termasuk sebuah konsert istimewa untuk peminat mereka di Hard Rock Cafe pada 8 Disember.

"Persembahan istimewa itu hanya diadakan satu malam dan berharap peminat tidak akan melepaskan peluang tersebut," kata kenyataan itu.

Repvblik juga dijangka mengadakan sidang media pada sebelah petang sebelum persembahan tersebut berlangsung di lokasi sama.

Persembahan itu nanti turut menampilkan artis seperti Chomel dan Elly daripada kumpulan AXLS sebagai penyanyi undangan.

Pada konsert berdurasi 1 jam 30 minit itu nanti mereka dijangka akan menyampaikan lagu hit seperti Ingin Kau Tahu, Sandiwara Cinta dan single terbaharu mereka Selimut Tetangga.

Peminat boleh mendapatkan tiket untuk menyaksikan persembahan itu yang dijual pada harga RM80 dan boleh didapati di Hard Rock Cafe atau pun menghubungi talian 06-292 5188 untuk pertanyaan lanjut dan tempahan.

Tags / Kata Kunci: Repvblik , Hard Rock Cafe Melaka.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan