"Saya, Erra Tidak Berbincang Mengenai Amar Baharin" - Izreen Azminda

Diterbitkan: Sabtu, 29 November 2014 12:32 AM

Erra Fazira, Izreen Azminda dan Soo Wincci bakal menerajui teater Takhta 3 Ratu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Izreen Azminda memberitahu dia tidak pernah membincangkan dengan Erra Fazira tentang lelaki yang sering dikaitkan dengan mereka iaitu Amar Baharin ketika sesi latihan teaterTakhta 3 Ratu.

Izreen berkata, kedua-dua mereka bersikap profesional tanpa mencampurkan urusan kerja dan peribadi ketika menjalani sesi latihan teater itu.

"Saya tahu Erra Fazira pernah dikaitkan dengan Amar Baharin dulu tetapi kami tidak pernah langsung bercakap tentang Amar ketika sesi latihan teater yang dilakukan bersama.

"Saya tidak ada masalah berlakon dengan Erra kerana dia sangat profesional dan tidak pernah campur urusan kerja dan peribadi," ujarnya kepada mStar Online.

Izren berkata demikian ketika ditanya tentang hubungannya dengan Erra Fazira ketika sesi latihan teater Takhta 3 Ratu memandangkan sebelum ini pelakon jelita tersebut turut dikatakan mempunyai hubungan dengan Amar Baharin.

Izreen anggap Amar Baharin sebagai kawan rapatnya buat masa ini.

Jelas Izreen, dia juga tidak pernah bertanya kepada lelaki itu sebelum menerima tawaran berlakon di samping Erra Fazira.

"Saya seorang yang sukar untuk bertanya tentang sesuatu yang saya rasa ingin lakukan termasuklah soal berlakon dengan Erra Fazira.

"Saya pergi sahaja kerana pada saya itu adalah peluang terbaik untuk kerjaya lakonan saya," ujarnya.

Bagaimanapun, Izreen berkata setakat ini, Amar belum berkesempatan datang melihat sesi latihan teater tersebut.

Sementara itu, bercerita tentang wataknya sebagai puteri Majapahit iaitu Galuh Chenderai, Izreen berkata ia adalah sesuatu yang sangat menguji tahap lakonannya.

Dia juga terpaksa melakukan empat perkara sukar iaitu bercakap dalam bahasa Indonesia, menari, bersilat dan bermain pedang dalam memainkan watak tersebut.

"Dalam tempoh sebulan latihan ini, saya terpaksa fokus kerana watak saya paling sukar terutama untuk bercakap bahasa Indonesia.

"Saya juga perlu berlatih menari, bersilat dan bermain pedang yang mana tidak pernah saya lakukan sebelum ini," katanya.

Antara pelakon lain yang turut menjayakan teater tersebut ialah Awie, Soo Wincci, Beto Kushairy, Azri Iskandar dan Datuk Rahim Razali.

Takhta 3 Ratu mengisahkan tentang puteri Majapahit iaitu Galuh Chenderai (Izreen) yang berkahwin dengan Sultan Mansur (Azri Iskandar)  terluka hati apabila suaminya itu mengambil keputusan mengahwini Puteri Hang Li Po (Soo Wincci) bagi mengukuhkan pertalian persahabatan antara Melaka dan China.

Dalam persengketaan antara Galuh Chenderai dan Li Po, kedua-dua mereka terkejut apabila Sultan Mansur mahu menikahi Lela Wangsa (Erra), iaitu puteri kepada Maharaja Dewa Sura, pemerintah Inderapura yang cuba hendak menyerang Melaka.

Takhta 3 Ratu bakal dipentaskan bermula 13 hingga 22 Disember 2014 di Istana Budaya.

Tags / Kata Kunci: Izreen Azminda , Erra Fazira , Amar Baharin

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan