Melissa Saila Tidak Tahu Perkembangan Isu Telefilem Saloma

Diterbitkan: Khamis, 27 November 2014 12:31 AM

Semangat Melissa untuk terus menghasilkan karya berbentuk biografi tidak pernah pudar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:Pelakon dan pengarah Melissa Saila berkata, pihaknya tidak mengetahui mengenai perkembangan terbaharu isu penayangan telefilem biografi Saloma yang mendapat bantahan waris keluarga Allahyarham AR Tompel baru-baru ini.

Melissa berkata, dia juga tidak menerima sebarang surat daripada peguam keluarga waris allahyarham berhubung perkara itu selain tidak pernah berhubung dengan mana-mana ahli keluarga AR Tompel bagi menyelesaikan isu berkenaan.

"Saya sendiri tidak tahu apa lanjutan kes berkenaan malah saya juga tidak mendapat surat atau panggilan daripada mana-mana pihak keluarga waris berhubung isu tersebut.

"Apa yang saya tahu surat daripada peguam itu diserahkan kepada pihak Astro jadi saya tidak boleh ulas lanjut," ujarnya kepada mStar Online.

Terdahulu pada 9 Oktober lalu, waris keluarga AR Tompel yang diketuai oleh Adlin Aman Ramlie mengadakan sidang media bagi menyuarakan bantahan terhadap pihak Astro agar tidak terus menayangkan filem berkenaan menerusi saluran Astro First kerana karya itu dikatakan ditokok tambah dan tidak menggambarkan sifat sebenar Allahyarham.

Azhan Rani memegang watak sebagai AR Tompel dan Nabila Huda sebagai Saloma.


Dalam pada itu, Melissa memberitahu, isu berkenaan tidak melemahkan semangatnya untuk terus menghasilkan karya berbentuk biografi sebaliknya merancang untuk menghasilkan sebuah filem dari genre sama.

Bagaimanapun kata Melissa, perkara itu masih dalam peringkat perbincangan dan dia akan mengumumkan sekiranya perancangan tersebut menjadi realiti.

"Untuk Saloma saya sudah melunaskan tanggungjawab saya dengan baik dan produk akhir pun sudah ditayangkan jadi selebihnya saya tidak mahu komen.

"Isu berkenaan tidak pernah melemahkan semangat saya malah berhasrat untuk mengarahkan sebuah filem dengan figura lain tetapi ia masih dalam peringkat pembangunan idea," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan ibunya, Seniwati Mariani Ismail, Melissa memberitahu keadaan wanita berkenaan beransur pulih sejak dimasukkan ke hospital pada 5 November lalu akibat mengalami komplikasi pada bahagian usus.

Kata Melissa, ibunya itu turut mencuba rawatan alternatif bagi mengubati penyakitnya itu selain melakukan pemeriksaan di hospital.

"Alhamdulillah Mummy seorang yang kuat semangat dan dia kini semakin pulih malah kami baharu sahaja menjalani sesi fotografi bersama-sama.

"Dia sudah terbiasa dengan kehidupan aktif dan sentiasa ceria jadi proses pemulihan itu berlaku dengan cepat," katanya.

Tags / Kata Kunci: Melissa Saila , Saloma.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan