Bernard Chauly Tinjau Lokasi Filem Di Turki Tanpa Pemandu Pelancong

Diterbitkan: Khamis, 27 November 2014 12:30 AM

Bernard Chauly

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Manisnya Cinta Di Cappadocia (MCDC) Bernard Chauly meninjau sendiri lokasi penggamabran filem itu di Cappadocia, Turki tanpa bantuan pemandu pelancong sebelum penggambaran filem itu bermula pada awal tahun lalu.

Bernard berkata, dia sengaja berbuat demikian bagi merasai sendiri cabaran berada di negara  tersebut sebelum membawa masuk kru produksi untuk melakukan penggambaran di lokasi-lokasi yang dipilih.

"Saya memberanikan diri berada di tempat yang tidak pernah saya pergi dengan menyewa sebuah kereta dan memandu lebih 2,500 kilometer dalam masa seminggu.

"Bermula dari Cappadocia ke Anatolia sehingga ke Pamukkale dan kemudian berakhir di EFes dan Izmir berdekatan lautan Aegean. Mujurlah saya tak sesat," katanya kepada mStar Online.

Tambah Bernard, dia mencari lokasi yang bukan menjadi perhatian pelancong agar memperoleh sinematografi terbaik terhadap karyanya itu.

Salah satu babak MCDC di Turki.

Mengenai MCDC, ia sebuah filem yang diadaptasi daripada novel Manisnya Cinta tulisan Anis Anisa.

Kata Bernard agak sukar untuk dia mengekalkan keaslian jalan cerita novel berkenaan ke dalam sebuah filem berdurasi sejam setengah itu.

Bagaimanapun dia bertuah kerana memiliki seorang penulis skrip yang berkaliber seperti Rafidah Abdullah yang memudahkan tugas pengarahannya karya berkenaan.

"Kalau nak diikutkan semua babak penting dalam novel itu mahu dimuatkn dalam MCDC, tetapi ia tidak mungkin akan berlaku. Maka saya, Rafidah dan Anis Ayuni berbincang mendapatkan kata sepakat bagi memuatkan mana-mana babak yang sesuai selain mengekalkan watak utama pada jalan cerita.

"Selain itu, babak romantik yang sepatutnya berlaku di Kaherah, Mesir juga diubah iaitu di  Cappadocia dan Anatolia. Lagipun selepas menghasilkan filem Istanbul Aku Datang di Istanbul, saya memang dah berniat ingin melakukan penggambaran sekali lagi di negara yang penuh dengan sejarah itu," ujarnya.


Filem terbitan bersama Astro Shaw, Redfilms dan Global Stations itu mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Ifti Liyana (Fazura) yang tidak pernah mengharapkan kasih sayang daripada seorang lelaki.

Pertemuan Ifti dengan Nazmi (Shaheizy Sam) telah membuatkan hatinya terbuka semula untuk berkasih apatah lagi Nazmi turut yakin, Ifti adalah wanita yang dicari-carinya selama ini untuk dijadikan isteri.

Antara pelakon lain yang turut terlibat termasuklah Faizal Hussein, Josiah Hogan, Lisa Surihani, Eja, Zaibo dan Fauziah Ahmad Daud.

MCDC bakal ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 11 Disember ini.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan