Tiada Cemburu Aksi Romantik Fathia & Fattah Di Kuwait

Diterbitkan: Rabu, 26 November 2014 12:33 AM

Aksi mesra Fathia dan Fattah Amin dilakonkan dengan profesional. Foto-foto ihsan Arul Chomel (Tel: 012-2492314)

(Ubah saiz teks)

KUWAIT CITY: Adegan romantik dan berpelukan yang dilakokan oleh Fathia Latiff dan Fattah Amin dalam Bencinta tidak menjadi penghalang walaupun kedua-duanya mempunyai pasangan kekasih.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 27, berkata, soal cemburu kekasihnya iaitu pelakon Aiman Hakim Ridza tidak timbul kerana pemuda itu juga seorang pelakon.

“Apabila di set penggambaran, saya akan menjadi seorang yang profesional kerana dalam sesebuah drama, sudah tentu banyak adegan peluk,” katanya kepada mStar Online. 

Fathia ditemui ketika sesi penggambaran drama Bencinta terbitan Zeel Production arahan Shuhaimi Lua Abdullah yang dilakukan di Kuwait. 

mStar Default Image
Salah satu adegan dimana Nabil (Fattah) bertemu dengan Nabila (Fathia) meluahkan rasa cinta.

Penggambaran di negara teluk itu dilakukan bermula 16 November lalu dan dijangka berkahir pada Khamis ini.

Selain Fathia dan Fattah, pelakon baharu dari Singapura iaitu Erwin Dawson dan Abdul Rahman Suhud yang berasal dari Iraq turut terlibat.

Dalam pada itu Fathia berkata, sebagai seorang artis, sikap professional seseorang amat penting untuk menghayati watak.

Malah adegan peluk di antara dia dan Fattah dilakukan selepas mereka berbincang dan membuat latihan terlebih dahulu sebelum diminta untuk beraksi di hadapan kamera.

“Kami berbincang dahulu apakah dialog-dialog yang dirasakan sesuai sebelum diminta beraksi. Insya-Allah, kami faham tugas dan peranan masing-masing,” katanya.

mStar Default Image
Fathia bersama pelakon baharu, Erwin Dawson (kanan)

Sementara itu Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Amin, 24, berkata, kekasihnya iaitu aktres Sherry Ibrahim tidak pernah mempersoalkan adegan-adegan peluk yang terpaksa dilakonkan.

Malah bagi Fattah apabila tiba pada peringkat diperlukan untuk melakukan perkara sedemikian, dia bersedia melakonkannya asalkan adegan itu tidak keterlaluan ataupun melampaui batas.

“Saya dan Fathia amat profesional dalam melakonkan watak masing-masing. Saya pun percaya produser dan pengarah pun tahu apa yang mereka mahukan,” jelasnya yang turuit memberitahu Sherry juga memahami situasi berkenaan.

Berkongsi pengalaman melakukan penggambaran Bencinta di Kuwait pula Fathia berkata, ia merupakan drama kelimanya yang dilakonkan di luar negara selepas Indonesia, London, Paris dan Turki.

mStar Default Image


Peluang itu katanya amat menarik kerana seseorang pelakon dapat merasai banyak pengalaman termasuklah dari segi budaya, stail dan sikap seseorang. 

“Ini merupakan kali pertama saya menyertai penggambaran di negara Arab dan ia amat menarik kerana saya juga berdarah keturunan Arab iaitu sebelah emak. 

“Apabila sampai di sini, ada juga orang yang bertanya adakah saya ini orang Arab atau sebaliknya dan saya beritahu mereka saya orang Malaysia yang berdarah Arab,” katanya.

Jelas Fathia, sepanjang berada di Kuwait, dia benar-benar menimati keindahan negara itu terutamanya makanan Arab selain berbelanja membeli oleh-oleh untuk dibawa pulang sebagai cenderamata.

mStar Default Image
Salah satu lokasi menarik di Kuwait City.

Tidak lupa hadiah untuk Aiman Hakim iaitu jubah dan minyak atar turut dibelinya untuk kenang-kenangan.

Dalam pada itu bagi Fattah, penggambaran di luar negara banyak menguji kesabaran seseorang pelakon sekiranya berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak diduga. 

Bagaimapaun dia berpuas hati kerana pelakon dan kru drama berkenaan dapat memberikan komitmen yang baik menyebabkan penggambaran berjalan tanpa masalah. 

Apa yang menarik kata Fatah, drama Bencinta  itu memberikan sisi berbeza dalam kerjaya lakonannya apabila diminta melakonkan watak jahat.

“Kalau sebelum ini saya banyak melakonkan adegan-adegan cinta tetapi kali ini watak saya agak berbeza apabila mempuyai sifat dendam yang tinggi terhadap bapa angkat yang memelihara saja sejak kecil,” katanya. 

mStar Default Image
Fathia sempat berjalan-jalan di pusat tumpuan pelancong yang dikenali sebagai Mubarakiya.

Ditanya apakah buah tangan dibelinya sepanjang berada di Kuwiat ini Fattah memberitahu, dia tidak banyak berbelanja sebaliknya membeli jubah untuk ibu dan juga minyak atar buat kekasihnya, Sherry. 

Bencinta mengisahkah bagaimana seorang pemuda bernama Nabil (Fattah) yang mempunyai perasaan dendam terhadap Datuk Majid (Eizlan Yusof) apabila usahawan itu telah melanggar ibunya.

Datuk Majid yang simpati dengan nasib Nabil kerana statusnya sebagai anak yatim piatu mengambil pendektakan menjadikannya sebagai anak angkat dan memeliharanya sehingga dewasa. 

Sikap Nabil yang memberontak kerana rasa marah tidak kesudahan itu turut menimbulkan masalah dalam keluarga bekenaan. Namun dia mempunyai perasaan cinta terhadap Nabila (Fathia) iaitu adik angkatnya yang juga anak Datuk Majid.

mStar Default Image
Antara kru produksi yang terlibat dalam penggambaran Bencinta di Kuwait.

Ketika Fathia menyambung pelajaran di Kuwait, dia telah bertemu dengan pemuda beranma Adam (Erwin Dawson) namun hubungan mereka itu dihalang oleh Nabil yang sememangnya mempunyai perasaan terhadap Nabila dan sanggup ke negara itu untuk menemuinya.

Bencinta dijangka disiarkan menerusi slot Samarinda (TV3) pada Januari atau Februari 2015.

Penggambaran Dapat Tajaan - Fadzil Teh

Produser Zeel Production, Fadzil Teh yang gemar memilih lokasi luar negara untuk melakukan penggambaran drama-drama terbitan syarikatnya berkata, pemilihan lokasi luar adalah bertujuan menunjukkan suasana berbeza dalam karya-karya tertentu.

Katanya, tidak ada syarikat produksi drama yang melakukan penggambaran di negara berkenaan dan pemilihan lokasi itu tentunya akan memberi kelainan kepada drama 15 episod itu.

mStar Default Image
Produser Zeel Productions, Fadzil Teh (kiri) berkata sesuatu kepada Erwin Dowson.

“Kami memilih Kuwait untuk menyuntik elemen baharu dalam drama-drama Zeel Produsctions selain tujuan kami untuk meluasklan pandangan dengan melihat tempat orang,” katanya.

Dalam pada itu jelas Fadzil, setiap produser juga harus menurut skrip yang ditulis agar karya berkenaan benar-benar dekat dengan hati penonton.

Malah lebih menarik pihaknya mendapat tajaan tertentu daripada agensi pelancongan ataupun pihak-pihak swasta yang ingin mempromosikan produk mereka di negara yang dikunjungi.

Selain Bencinta drama-drama Zeel Productions lain yang menjalani penggambaran di luar negara antaranya Atas Nama Cinta (Perth, Australia), Rindu Bertamu Di Abu Dhabi (Abu Dhabi, UAE), Cinta Agra (Agra, India) dan Kiah Pi Jepun (Jepun).
Tags / Kata Kunci: Bencinta , Fattah Amin , Fathia

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan