'Lelaki Harapan Dunia' Tidak Perkecilkan Orang Melayu - Pengarah

Diterbitkan: Selasa, 25 November 2014 1:52 PM

Barisan pelakon filem Lelaki Harapan Dunia ketika menghadiri tayangan perdana yang diadakan di GSC Pavilion pada malam Isnin. Foto AZHAR ARIF.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Lelaki Harapan Dunia, Liew Seng Tat tidak mempunyai niat buruk atau memperkecilkan orang Melayu apabila karya terbaharunya itu dilihat sarat dengan kritikan sosial yang cukup sinis dan skeptikal terhadap masyarakat berkenaan.

Liew, 35, menjelaskan isu itu tidak sepatutnya timbul kerana kritikan yang diselitkan dalam filem berkenaan bersifat subjektif dan setiap orang mempunyai sudut pandang berbeza dalam membuat penilaian.

"Tiada niat dalam hati saya untuk menyelar atau membangkitkan kemarahan mana-mana pihak kerana objektif asal menghasilkan filem ini adalah untuk menceritakan budaya 'angkat rumah' yang popular di kalangan masyarakat Melayu suatu ketika dahulu.

"Bagi saya subjek itu cukup menarik untuk diketengahkan kerana tidak ramai mengetahui tentangnya dan kritikan sosial di dalamnya adalah bersifat subjektif dan ia berbeza mengikut pandangan setiap orang," katanya kepada mStar Online.

Liew ditemui pada majlis tayangan perdana filem berkenaan yang diadakan di Golden Screen Cinemas Pavilion di sini pada malam Isnin.

Lelaki Harapan Dunia menampilkan barisan pelakon seperti Wan Hanafi Su, Azhan Rani, Sofi Jikan, Harun Salim Bachik, Jalil Hamid dan Hishamuddin Rais.

Pengarah Lelaki Harapan Dunia, Liew Seng Tat.

Ia bakal menemui penonton di pawagam bermula 27 November ini.

Lelaki Harapan Dunia berlatar sebuah kampung yang terjadi kekacauan akibat salah faham di antara penduduk yang menyangka rumah terbiar yang dalam perancangan dipindahkan dari hutan ke kampung itu dikatakan berhantu.

Pak Awang yang ingin menghadiahkan rumah tersebut kepada anak perempuannya menyangkal dakwaan tersebut dan meminta penduduk kampung tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan sehingga timbul kekecohan dikalangan mereka.

Dalam pada itu, Liew berkata, dia mengambil masa selama dua tahun untuk melakukan penyelidikan dan menyiapkan skrip sebelum menjalani penggambaran bagi memastikan fakta yang ditampilkan tidak tersasar daripada tujuan asal.

"Indah sebenarnya budaya masyarakat Melayu dan budaya mengangkat rumah sesuatu yang jarang diketengahkan membuatkan saya tertarik untuk menghasilkan filem ini sebagai subjek utama.

"Bukan mudah sebenarnya kerana penyelidikan yang saya lakukan mengambil masa dua tahun bagi memastikan tiada kesalahan terhadap fakta dilakukan," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai adegan Wan Hanafi Su yang tampil separuh bogel sebagai orang minyak dalam filem berkenaan, Liew menjelaskan pelakon itu bersetuju untuk menjayakan babak berkenaan tanpa sebarang rungutan.

Gimik mengangkat replika sebuah rumah Melayu ketika tayangan perdana filem berkenaan.

Bagi Liew, pelakon veteran itu berjaya melunaskan watak tersebut dengan baik selain menyifatkan beliau seorang profesional ketika berada di set penggambaran.

"Saya sangat mengagumi sikap profesionalnya ketika berada di set dan Wan Hanafi berjaya melunaskan wataknya dengan baik," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Liew berkata, Lelaki Harapan Dunia telah ditayangkan di festival filem antarabangsa seperti di Toronto, Nara, Vancouver, Busan, Kolkata, Taipei dan Locarna.

Malah kata Liew, filem itu akan dibawa ke festival filem di Singapura pada bulan hadapan dan biarpun masih belum mendapat sebarang anugerah namun dia berpuas hati dengan penerimaan penonton antarabangsa terhadap filem berkenaan.

"Mereka cukup tertarik dengan budaya mengangkat rumah yang langsung tidak ada di negara mereka dan bagi saya keterbukaan mereka dan penerimaan baik terhadap cerita yang cuba saya sampaikan sudah memadai.

"Paling penting kini penerimaan penonton di Malaysia kerana sejujurnya saya hasilkan filem ini untuk tontonan semua lapisan masyarakat dan tidak tertumpu kepada kaum Melayu sahaja," jelasnya.
Tags / Kata Kunci: Liew Seng Tat , Lelaki Harapan Dunia.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan