Aizat Amdan Sedia Bergelar Pelakon

Diterbitkan: Isnin, 24 November 2014 12:25 AM

Aizat Amdan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas tujuh tahun membabitkan diri dalam dunia muzik, penyanyi Aizat Amdan kini sudah bersedia untuk mengembangkan bakat ke dalam dunia lakonan pula.

Aizat atau nama sebenarnya Muhammad Aizat Amdan, 25, berkata, sejak terlibat dengan filem Istanbul Aku Datang, dia mula berminat mendalami kerjaya lakonan dan ingin mendalami bidang tersebut.

"Seronok juga berlakon, kerana ia sebahagian dunia seni dalam indutsri hiburan. Tetapi itulah, muka saya tak serupa pelakon. Hahaha..

"Tetapi saya bersedia menerima sebarang tawaran sekiranya ada pihak yang berminat," katanya.

Tambah Aizat, dia percaya, kerja lakonan juga mampu mengasah bakat seni muzik daripada segi cara penyampaian ketika persembahan dilakukan walaupun muzik dan lakonan adalah dua bidang yang berbeza.

Sementara itu, Aizat memberitahu, dia bakal menerbitkan album ketiganya pula pada tahun depan dan ia kini masih lagi dalam proses pembikinan.

Kata penyanyi yang popular dengan lagu Susun Silang Kata itu, album tersebut akan memberi kelainan berbanding lagu-lagunya yang pernah diterbitkan sebelum ini.

"Saya sedar, kebanyakan lagu yang dihasilkan sebelum ini tidak sekuat Hanya Kau Yang Mampu, atau Lagu Kita, ketika di awal kemunculan saya.

"Jadi untuk album kali ini saya ingin menghasilkan lagu-lagu yang boleh menimbulkan fenomena seperti dulu, InsyaAllah," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aizat juga muncul dengan single lagu baharu berjudul Kembali, sebagai lagu tema drama bersiri Seludup, yang bakal disiarkan bermula 4 Disember depan.

"Apabila peminat mendengar lagu ini, mereka pasti aku terkejut dengan muzik yang saya bawakan yang berkonsep Alternatif Rock, belum pernah saya bawakan lagi. Saya harap mereka menerima lagu tersebut," tuturnya.

Tags / Kata Kunci: Aizat Amdan

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan