Mamat (Exist) Anggap Diri Bertuah Masih Disayangi Peminat

Diterbitkan: Jumaat, 21 November 2014 10:53 AM

Mamat mahu mengubati rindu para peminat menerusi lagu-lagu baharu nyanyiannya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas vokalis kumpulan Exist iaitu Mamat tidak sangka dirinya masih diterima masyarakat meskipun pernah melalui pelbagai kontroversi sebelum ini.

Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, 36, berkata, sejak membuat kemunculan semula baru-baru ini, sangkanya, karier muzik yang mahu dibina semula akan gagal tetapi sebaliknya pula berlaku apabila masyarakat lebih terbuka menerima kehadirannya di dalam industri seni muzik tempatan.

"Alhamdulillah, walaupun ada cabarannya dalam membuat kemunculan semula tetapi perjalanan yang saya lalui itu mudah.

"Saya anggap diri bertuah kerana masih lagi disayangi peminat. Bukan senang mahu buat kemunculan semula kerana kebanyakan artis yang berbuat demikian sering menemui kegagalan," katanya.

Tambah Mamat, kepercayaan yang diberikan masyarakat itu membuatkan dia bersungguh-sungguh mahu membuktikan bahawa dirinya masih relevan dalam industri muzik tempatan selain ingin mengubat rindu peminat-peminat menerusi lagu-lagu baharu yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

Mamat dan Ikka Razman berduet menerusi lagu Keluhan Cinta. 

Untuk permulaan, Mamat mengambil pendekatan berduet dengan penyanyi baharu, Ikka Razman menerusi lagu Keluhan Cinta.

Jelas Mamat, dia telah ditawarkan oleh Sweet Entertainment Production (IRSEP) untuk merakamkan lagu itu dan bersyukur atas kepercayaan yang diberikan oleh syarikat berkenaan.

"Mungkin ada bertanya kenapa single lagu pertama saya bermula dengan lagu duet. Saya anggap ia satu rezeki apabila ada yang memberi kepercayaan untuk saya menyanyikan lagu tersebut.

"Keluhan Cinta diciptakan oleh Mie Kuarters dan Man Ikhman dan lagu itu sangat bagus, sayang jika tidak mengambil peluang itu.

"Sekarang ini lagu tersebut sudah dihantar ke semua stesen radio untuk dikeudarakan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mamat turut terlibat dengan pertandingan nyanyian Gegar Vaganza, yang menampilkan penyanyi-penyanyi yang pernah popular sebelum ini.

Antara penyanyi lain yang turut terlibat termasuklah  Shima, Rahmat (Mega), Hasnol, Fazli Zainal, Sam (Innuendo), Ayai (Ilusi), Haleeda, Sharifah Zarina, Ifa Raziah dan Adilla.

Gegar Vaganza bersiaran bermula 16 November 2014 setiap Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

Mamat sebelum ini pernah popular menerusi lagu Untukmu Ibu, Rahsia Pohon Cemara dan Salju Di Danau Rindu.
Tags / Kata Kunci: Mamat (Exist)

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan