Jaclyn Victor Belum Sedia Hijrah Ke Amerika Syarikat

Diterbitkan: Jumaat, 21 November 2014 12:35 AM

Jac bersama album berbahasa Inggeris pertamanya berjudul Unleashed. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Jaclyn Victor masih belum bersedia untuk berhijrah ke Amerika Syarikat bagi bersama suaminya, anggota kumpulan Az Yet, Shawn Rivera yang menetap di negara itu.

Jaclyn berkata, dia merasakan tidak sesuai berbuat demikian buat masa ini kerana komitmen terhadap kerjaya nyanyiannya terlalu padat.

"Banyak perkara yang perlu difikirkan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menetap di sana kerana kerjaya saya berpusat di sini.

"Biarpun ada perancangan daripada syarikat rakaman untuk melancarkan album saya di sana tetapi saya perlu realistik bahawa bukan mudah untuk menembusi pasaran Amerika dan ia perlu dibuat secara berperingkat dengan strategi konkrit," katanya kepada mStar Online.

Jaclyn ditemui pada majlis pelancaran album bahasa Inggeris pertamanya berjudul Unleashed di Hotel Vivatel di sini, Khamis.

Album terbitan KRU Music itu memuatkan enam lagu termasuk single pertamanya, Remedy.

Dalam pada itu, Jaclyn berkata, buat masa ini dia terpaksa berjauhan dengan suaminya ekoran lelaki itu terikat dengan jadual promosi album terbaharu Az Yet.

Jac belum bersedia berhijrah ke Amerika Syarikat.

Bagaimanapun katanya, suaminya akan kembali ke Malaysia sempena sambutan Hari Krismas pada 25 Disember nanti.

"Kami bukannya berjauhan untuk tempoh lama dan dia baharu sahaja kembali ke Amerika pada Oktober lalu kerana urusan kerja.

"Malah dia merancang untuk menetap di Malaysia selepas ini kerana selesa tinggal di negara ini," jelasnya.

Tambah Jaclyn, bagi mengubat rasa rindu terhadap suaminya, mereka sentiasa berhubung menerusi telefon untuk mengetahui keadaan masing-masing.

Sementara itu, Jaclyn memberitahu, Unleashed memperlihatkan kredibilitinya sebagai penulis lirik menerusi tiga lagu.

Jelas Jaclyn, dia teruja diberi peluang oleh KRU Music untuk berbuat demikian kerana telah lama memendam hasrat untuk menulis lagunya sendiri.

"Biarpun ia bukan proses yang mudah tetapi saya berjaya melakukannya dan sudah pasti suami banyak memberi input tentang penulisan lirik yang baik.

"Selepas sepuluh tahun bergelar penyanyi, saya yakin ini adalah masa paling sesuai untuk saya tampil dengan karya sendiri," ujarnya.

Selain Remedy, album terbitan Edry Abdul Halim itu turut memuatkan lagu seperti Over and Over, Delirious, Pinnacle, Sweeter Than A Dream dan Magical Moment duet bersama Az Yet.

Dalam perkembangan sama, Jaclyn berkata, album berkenaan turut memperlihatkan kepelbagaiannya dalam menyampaikan lagu-lagu selain berentak balada bersesuaian dengan kehendak muzik masa kini.

Malah jelas Jaclyn, album berkenaan turut dihasilkan dengan teliti bagi memastikan ia mencapai standard dan dapat diterima pendengar antarabangsa.

"Asalnya pihak KRU ingin melancarkan single sahaja tetapi kami menyedari untuk pergi ke luar negara kita perlukan album penuh dan inilah hasilnya.

"Biarpun terpaksa berulang-kali melakukan rakaman bagi mendapatkan hasil terbaik namun saya puas," katanya.

Unleashed mula dipasarkan dalam bentuk fizikal dan digital bermula Khamis.
Tags / Kata Kunci: Jaclyn Victor , Unleashed

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan