Mimi Loma Bakal Jalani Pembedahan Buang Batu Karang

Diterbitkan: Rabu, 19 November 2014 12:31 AM

Mimi memberitahu doktor mengesahkan dia menghidapi penyakit batu karang ketika membuat pemeriksaan pada 1 November lalu di Hospital Kuala Lumpur.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi era 60-an, Mimi Loma bakal menjalani pembedahan bagi membuang batu karang di dalam badannya dalam masa terdekat ini.

Mimi atau nama sebenarnya Aminah Ismail, 68, berkata, dia akan membuat beberapa rawatan susualan terlebih dahulu pada minggu depan sebelum menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Doktor mengesahkan saya menghidap penyakit batu karang pada 1 November lalu.

"Dan minggu depan saya akan melalui beberapa siri rawatan sebelum doktor memilih tarikh untuk saya menjalani pembedahan membuat batu karang tersebut," katanya kepada mStar Online.

Mimi Loma ditemui di rumahnya di Flat PPR Seri Semarak di sini pada petang Selasa.

Bagaimanapun tambah Mimi Loma, sekiranya pembedahan tersebut perlu dijalani pada bulan Disember, dia akan menangguhkan ke tahun hadapan memandangkan dia perlu menghadiri undangan persembahan nyanyian di Singapura pada bulan tersebut.

Mimi akan ke Singapura pada Disember ini untuk menjayakan sebuah persembahan.

"Mungkin saya akan tangguh ke bulan lain jika doktor memberikan tarikh pada bulan Disember ini untuk saya jalani pembedahan itu.

"Yang penting persembahan itu akan saya utamakan dahulu. Ia sebahagian daripada mata pencarian dan saya enggan melepaskan peluang itu begitu sahaja. 

"Lagipun risau pula jika pembedahan itu menganggu kesihatan dan suara untuk saya membuat persembahan," ujarnya.

Dalam pada itu, dia berharap selepas menjalani pembedahan itu, ia tidak akan memudaratkan dirinya atau muncul pula penyakit lain yang tidak diingini.

Sementara itu, kata adik kepada Allahyarham Puan Sri Saloma dan Mariani itu, dia tetap bersyukur kerana tidak diberi penyakit-penyakit lain yang lebih serius.

"Alhamdulillah, saya dia beri kesihatan yang baik. Cuma Allah mungkin nak uji saya dengan penyakit batu karang ini. Apapun saya menerimanya dengan hati yang reda, tuturnya.

Tags / Kata Kunci: Mimi Loma.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan