Fakhrul Razi Harap Peluang Cipta Nama Di Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 18 November 2014 12:30 AM

Fakhrul Razi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi yang berasal dari Brunei, Fakhrul Razi berharap diberi peluang untuk mengembangkan kerjaya nyanyiannya di negara ini dan kehadirannya dapat diterima oleh peminat.

Fakhrul, 34, berkata, kehadirannya juga bukan untuk bersaing dengan mana-mana artis sedia ada sebaliknya berhasrat menyatukan muzik di antara dua buah negara.

"Saya bertuah kerana dalam masa empat bulan saya hadir ke negara ini penerimaan yang saya terima cukup memberangsangkan dan saya tidak pernah berniat untuk bersaing dengan mana-mana artis.

"Harap-harap perbezaan yang ada tidak menjadi penghalang untuk saya membuktikan kredibiliti sebagai penyanyi dan percubaan menyatukan muzik serumpun dikalangan peminat," katanya kepada mStar Online.

Fakhrul tampil dengan album pertamanya berjudul Mutlak dan mempertaruhkan single pertama ciptaan Allahyarham Adam Ahmad iaitu Andai Ada Bahagia.

Penyanyi itu juga turut tercalon dalam kategori Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik 21 (AIM21) yang bakal berlangsung pada 6 Disember depan.

Dalam pada itu, Fakhrul berkata, dia berharap pencalonan itu dapat memberi tambah nilai kepada percubaannya mencipta nama di Malaysia namun tidak mengharapkan sebarang kemenangan.

Jelas Fakhrul, menerima pencalonan dalam kategori tersebut adalah satu kejayaan besar kepada kariernya memandangkan baharu beberapa bulan berada di negara ini.

"Dahulu saya selalu menonton AIM dan tidak sangka tahun ini nama saya tercalon dan ia satu pencapaian besar untuk karier saya sebagai orang luar.

"Ia seperti peluang yang tidak akan tercapai sebenarnya kerana saya terlalu baru," katanya.

Ditanya adakah dia sudah bersedia dengan sebarang kritikan ekoran pencalonan yang diterima dalam AIM memandangkan dia bukan berasal dari Malaysia, Fakhrul optimis dan  menganggap ia perkara biasa dalam bidang seni.

"Kritikan dan pujian itu adalah perkara biasa dan ia sebenarnya perlu seiring namun sebagai seorang artis kita perlu bersedia dengan perkara itu.

"Namun jangan melihat ia sebagai satu halangan kerana muzik itu sebenarnya tiada tanah malah artis dan muzik itu tiada tembok," jelasnya.
Tags / Kata Kunci: Fakhrul Razi , AIM.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan